Jumaat, 18 Mac 2016

Pengetahuan Asas Audit

1. Selepas tahun 1986, kuasa pelantikan pegawai di Jabatan Audit Negara telah bertukar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

2. Accrual accounting tidak dilaksanakan lagi kerana data pengumpulan aset sedang dikemaskini bagi mengimbangi liabiliti RM847 Billion.

3. Dalami kuasa Ketua Audit Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Perkara 105 - Pelantikan KAN
Perkara 106 - Gaji KAN
Perkara 107 - Apa yang KAN perlu buat.

4. Dalami perkara 96 - 112 Perlembagaan Persekutuan

5. 3P (Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan) > 3E (Ekonomi, Efficiency, Effectiveness) > 3P (Pembaziran, Pemborosan, Penyelewengan)

6. 3C 1E (Criteria - Apa yang sepatutnya? Condition - Apa yang berlaku? Causes - Apa sebabnya? Effect - Apa kesannya?)

7. Apakah maksud isu? Isu bermaksud Criteria <> Condition

Contoh isu: Akta suruh kutip RM3,000, tapi kutip RM2,000. 

8. Sekiranya Criteria = Condition, bukan isu

Contoh bukan isu: Akta suruh kutip RM3,000 dan pegawai memang kutip RM3,000.

9. Isu kewangan melibatkan Omission dan Error.

Soalan:

Adakah projek penurapan Jalan Kampung A dan Jalan Kampung B (kampung sebelah menyebelah) dianggap sebagai Pecahan Kecil?

Jawapan: 

Tidak jika Jalan A dan Jalan B berbeza.

Ya jika Jalan A bersambung dengan Jalan B.

Laporan Yang Berkualiti

a. Laporan yang berkualiti adalah:-

1. Laporan yang baik.
2. Ayat yang tersusun.
3. Gambar yang tepat
4. Fakta yang tepat.

b. Kesimpulannya, laporan yang berkualiti adalah laporan yang tidak boleh dipertikai.

c. Auditor bukan penjual setem. Auditor perlu tanya kenapa? kenapa? kenapa?

Penjual setem, apabila menjual dia tidak akan bertanya apa-apa, contoh, pelanggan ingin 8 keping setem 50 sen, dia akan terus mengikut kemahuan pelanggan tanpa bertanya kenapa tak beli setem RM1? 

d. Baca undang-undang perlu rujukan kepada akta-akta lain. Contoh, baca Akta 62 kena rujuk Akta 61, 1PP, Perlembagaan Persekutuan, Akta 240.

e. When you say something, you must have confidence.

f. Hafal Kod SODO (Standard Object Detailed Object) seperti contoh di bawah. 

10000 EMOLUMEN
Objek Am ini hanya boleh digunakan untuk merekod bayaran kepada kakitangan yang memegang jawatan tetap (established post) sahaja.

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
Objek Am ini bertujuan merekodkan semua perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang dibeli termasuk bayaran-bayaran kepada penyandang ‘non- establised posts’.

30000 ASET
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan untuk mendapat semua jenis aset termasuk harta modal, pelaburan, binatang untuk tujuan ternakan dan keselamatan, pokok dan benih untuk tujuan tanaman.

Objek Am ini juga merekodkan pebelanjaan pembaikan besar ke atas harta-harta modal. Definisi pembaikan besar adalah sesuatu pindaan, sama ada secara struktural atau tidak serta sesuatu tambahan atau pembaharuan yang dibuat kepada aset yang sedia ada yang menambahkan nilai dan mutunya. Contoh contoh pembaikan besar ialah ‘extensions and renovations of buildings’ dan ‘overhauling of cars’.

40000 PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan dalam bentuk pemberian atau bantuan, bayaran berkenaan dengan hutang negara, pencen dan ganjaran kakitangan dan tuntutan insurans dan pampasan.

50000 PERBELANJAAN-PERBELANJAAN LAIN
Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran selain daripada emolumen, perkhidmatan dan bekalan, perolehan aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Bayaran-bayaran yang boleh direkodkan di bawah Objek Sebagai ini ialah:-
51100 Pulangan Balik
51200 Hapus Kira
52100 Yuran
52900 Cukai dan Pelbagai

60000 HASIL CUKAI
Objek Am ini merekodkan semua kutipan hasil berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan ke atas harta, pendapatan, jualan, impot, eksport dan sebagainya.

70000 HASIL BUKAN CUKAI
Objek Am ini merekodkan terimaan hasil-hasil bukan cukai.

80000 PELBAGAI TERIMAAN
Objek Am ini merekodkan terimaan pulangan balik perbelanjaan dan terimaan daripada agensi-agensi kerajaan.

90000 HASIL WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
Objek Am ini merekodkan semua jenis hasil yang dipungut oleh atau bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(Hanya Kod Objek Am sahaja dikongsi dalam kiriman blog ini).

g. Kena baca, kena kenal tajuk kajian. Tak baca, macam mana nak komen?

h. Sentiasa bertanya BETUL KE NI?

i. Bajet adalah KITAB.

j. Ketua Audit Negara BUKAN pegawai awam, tetapi DISIFATKAN sebagai pegawai awam.

k. Contoh Kumpulan Wang Diasingkan adalah pungutan zakat Majlis Agama Islam.

l. Seksyen 8(3) Akta Audit Negara 1957 (Akta 62) menerangkan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi auditi mendedahkan maklumat sulit kepada auditor (dalam hal tersebut sahaja).


Khamis, 17 Mac 2016

Pesanan Pengarah Akademi

1. Auditing bermaksud proses penyediaan laporan audit.

2. Sebelum melaksanakan audit, mesti dapatkan MANDAT terlebih dahulu.

3. Mahirkan diri dengan fakta, contoh fakta adalah seperti berikut:-

FEDERAL

25 Kementerian
102 Jabatan
36 GLC

NEGERI

13 Negeri
15 Majlis Agama Islam
147 Pihak Berkuasa Tempatan
141 Badan Berkanun Negeri

BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

115 BBP
11 Kumpulan Wang
20++ IPTA
112 Anak Syarikat

4. Auditor mesti One Step Ahead (Sentiasa Mendahului)

5. Mahirkan dahulu Pengurusan Kewangan (AI)

6. Prinsip Auditor

Kebenaran
Cari bukti yang lengkap

Keadilan
Bagi tempoh yang mencukupi kepada auditi untuk menjawab kuiri audit

Soalan: Dalam kajian audit, bolehkah kita menukar skop kajian apabila terdapat maklumat baru ditemui?

Jawapan: Boleh

Isu Ancaman Keselamatan & Rasuah

1. Subversif
Hasutan dan provokasi bertujuan menjatuhkan kerajaan

2. Espionaj
Pengintipan untuk dapatkan maklumat terperingkat
"Knowledge is power"

3. Sabotaj
Perbuatan mendatangkan kerosakan secara fizikal

4. Kelemahan manusia

5. Ancaman pelampau

6. Ancaman Siber

Jenis-jenis perlindungan

1. Delay (melewatkan / menangguhkan / menghalang) 

2. Detection

3. Deterrence (Pencegahan)

4. Response

Apakah integriti?

Dalam bahasa mudahnya, integriti bermaksud akhlak dan nilai positif yang sepatutnya ada.

Soalan
Apakah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada auditi (ketika sesi temubual)?

Jawapan
SPRM mengamalkan Peace Model

Planning
Engage (Entrance)
Account (Biar auditi bercerita terlebih dahulu)
Cross (Counter dengan evidence)
Exit


Perkhidmatan Awam

Susunan tertinggi Perkhidmatan Awam

1. Ketua Setiausaha Negara
2. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
4. Ketua Setiausaha Kementerian

(Kedudukan no. 2 dan no. 3 boleh berubah-ubah mengikut kekananan)

Suruhanjaya Perkhidmatan Di Malaysia

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
3. Majlis Angkatan Tentera
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Nota-nota lain

1. Cuti haji ikut tarikh flight.

2. Amaran Secara Pentadbiran

Soalan: Adakah Amaran Secara Pentadbiran adalah tindakan Tatatertib?

Amaran secara pentadbiran bukan tindakan tatatertib, namun perlu dimasukkan dalam fail jabatan.

3. Formula kiraan pencen.

1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang diambil kira X Gaji Akhir

Terhad kepada maksimum 3/5 daripada gaji akhir.

4. Pencen bukan pusaka

5. GCR + Ganjaran boleh dipusaka

6. Kiraan pencen berasaskan bahagian.

Contoh, pencen RM 9000, ada seorang isteri dan dua anak. Maka dikira 3 bahagian. Satu bahagian bersamaan RM3000.

Jika salah seorang anak itu telah mencapai usia melebihi 21 tahun, maka bahagian berkurang kepada 2. Satu bahagian bersamaan RM4500.

7. Formula kiraan ganjaran

7.5% X Jumlah Genap Bulan X Gaji Akhir Perkhidmatan

8. Kajian Kes

Surat Pertuduhan (2/1/2016)

Orang Kena Tuduh Terima Surat (4/1/2016)

Surat Pembelaan Diri (15/1/2016)

Lembaga Tatatertib  hukum buang kerja (17/1/2016)

Hukuman buang kerja adalah tidak sah kerana 

a. Tidak cukup 30 hari. OKT boleh menulis surat pembelaan yang lain.

b. Tiada pemakluman keputusan Lembaga Tatatertib kepada OKT.

Soalan:
Bolehkah surat pertuduhan dikeluarkan ketika pegawai sedang menghabiskan cuti sebelum bersara?

Boleh. Surat pencen akan ditahan sehingga jatuh hukum.