Isnin, 27 Mei 2024

Suci Seorang Kekasih #3

 #3

"Awak balik la dulu. Susah-susah je teman saya tunggu bas ni." Aku kesian dengan Mira.

"Idok le susah pun. Dah hujan lebat. Saya naik motor. Tunggu hujan reda baru boleh gerak." 

"Kalau macam tu. Saya tak nak naik bas. Biar hujan reda. Awak dah lepas naik motor baru saya tunggu." 

Mira menguntum senyum. Aku jadi bahagia. Rasa tak nak balik kampus lah. Biar la aku kerja KFC sini je.

"Jangan macam tu awak. Rumah saya belakang ni je. Awak tu kalau terlepas bas, tidur je la kat depan Affin Bank tu. Hehehe."

Seketika kemudian bas yang ditunggu pun sampai. Aku menatap dalam-dalam wajah Mira. 

Mira kelihatan sayu sambil menundukkan sedikit pandangan. 

"Jumpa lagi Mira."

"Insya Allah Mikhail."

"Bawa skuter elok-elok tau Mira." 

"Awak pun sama. Sampai nanti mesej ye."

"Ok Mira. Saya gerak dulu." 

"Woi cepatla naik. Drama apa pulak petang-petang ni." 

"Cepat naik awak. Abang konduktor marah dah tu. Hehehe." 

"Ye lah. Bye Mira." Kami saling melambai tangan sampailah sosok Mira hilang dari pandangan.

++++

Bas bergerak agak laju dari kebiasaan. Aku sedikit pelik kerana waktu-waktu begini biasanya orang tak ramai sangat. Anehnya petang ini bas hampir penuh. Dalam remang senja ini dapat aku lihat bayangan bulan bintang. 

Handphone Nokia 8250 aku kehabisan bateri. Walkman aku pun sama, aku lupa nak beli bateri Energizer kat Ayer Tawar tadi. Aku bungkam. Aku memejam mata sambil menikmati angin senja yang menerpa masuk. Dalam kepenatan, aku terlelap.

Suci Seorang Kekasih #2

 #2

Rintik-rintik hujan mulai turun membasahi bumi.   Di sebalik jendela itu, seorang gadis sedang asyik merenung padang di hadapan biliknya yang mulai basah dan berlecak. Titisan hujan semakin lebat sehingga jendelanya kabur. Namun dia masih kekal di situ. 

"Diana."

"Diana."

"Wei." 

Diana tersentak. Rupanya teman sebiliknya Mimi tercongok di sebelah. 

"Kau fikir apa tu. Nampak kusut je." 

"Aku rasa bersalah la Mimi. Aku clash dengan Mikhail macam tu je." 

"Ahhh. Mamat tu kau tak payah risau lah. Awal-awal tu memang nampak dia down. Tapi seminggu dua ni happy semacam. Siap main wrestling dengan Bob, Kucai, lepas habis kelas costing."

"Kalau macam tu okey lah Mimi. Kau kan classmate dia. Mesti kau tau dia macam mana." 

Mimi menghela nafasnya. "Semalam keluar result test one. Dia score 95% Ekonomi, 98% Management Account, 90% Financial Accounting. 92% Law. Aku hairanlah kismis apa dia makan sampai bergeliga macam tu. Hahaha."

"Kau dah kenapa risaukan dia Diana. Dia kau nak. Rudy pun kau nak. Habis aku ni macam mana."

"Cuba kau tengok kaki aku ni Mimi." 

"Eh ni bengkak ni yang masa kau injured main volleyball inter course kan?" 

"Ye. Injured balik. Aku tak boleh jalan jauh. Bapak aku dah nak hantar Kancil aku tu. Tapi aku ingat next sem baru aku bawak kereta tu."

Jadi fasal tu la kau himpit Rudy tu. Nak transport je sebenarnya." 

"Ya. Tapi Rudy dah canang habis kat fakulti dia fasal couple dengan aku." 

"Kau tau kan Mimi. Sebenarnya aku tak serius pun nak couple semua ni. Aku rapat dengan Mikhail pun sebab dia rajin ajar aku, share notes dia. Dengan Rudy ni, sebab nak tumpang dia je."

"Tak baik tau kau mainkan perasaan orang. Aku tengok masa dengan Mikhail dulu, elok je kau lepak kat cafe je. Sejak dengan Rudy ni, gi karaoke lah, overnight kat Ipoh lah. Aku risaulah dengan kau ni. Rudy tu bukan betul pun. Aku dengar dia fail masa ambil course engineering kat shah alam. Sebab tu dia tua 2 tahun dari kita."

"Aku tau, tapi... haih."

"Kau sebenarnya suka ke kat Mikhail tu."

"Mula-mula takdelah suka. Aku rapat dengan dia sebab nak score je. Tapi lepas clash ni, aku rasa kosong." 

"Kau kan queen Diana. Petik jari je berderet tunggu. Tapi aku ingat bodohlah kau tinggalkan Mikhail tu. Kalau kau tak suka, takpe biar aku je gantikan kau. Nak tau tak? Assignment costing management account nanti aku sama group dengan dia. Habislah kau hahaha." 

"Kau ni kalau tak sakitkan hati aku tak boleh ke. Dah la malas nak cakap dengan kau." 

"Jangan merajuk sayang. Jom kita gi dining. Aku ada kupon lebih ni. Kak Marina bagi dia tak nak makan." 

"Jom la."

"Jommm la sayanggg..."

"Jom laaaa aku lapar ni." 

"Ye lah ye lah."

Handphone Diana berdering tanda SMS masuk. 

"Hi syg. Boringlah Sabtu xgi mana2. Jom lepak Ipoh layan movie." 

"Rudy mesej ke?"

"Hmm."

"Hari ni xsht lah. Y not u belikan I bubur petang ni."

"La nape xckp u not feeling well. Ok petang ni I bawak bubur utk u. Take care syg. Love u."

Suci Seorang Kekasih #1

 #1

Bas General no. 46 melintasi Jambatan Bota merentasi Sungai Perak. Kelihatan air tenang dibawa arus ke hilir. Aku tenggelam dalam lamunan sendiri saat angin dari jendela bas menyapa lembut wajahku. Aku menghirup udara nyaman pagi ini sambil tersenyum sendiri. Hatiku berbunga bunga kerana hari ini aku akan bertemu janji di KFC Ayer Tawar.

Gadis genit asal Lekir beberapa kali menyuarakan hasratnya untuk bertemu. Perkenalan kami bermula apabila dia tersalah hantar SMS kepadaku. 

"Aje bajangg."

Lalu aku membalas sms tu. "Saya bukan Bajang.  Saya Mikhail."

Menyusul SMS balasan daripadanya. "Sorry sy slh no. Igt Mimi td."

Sakit hati dengan ejaan ringkas SMS gadis ini maka aku hanya membalas OK.

Seminggu dua kemudian, aku putus dengan Diana. Susah betul bila kredit cepat habis. Aku pakai TMTouch. Diana pakai Maxis. SMS mahal. Membazir.

Oh, bukanlah sebab itu kami putus. Sebetulnya seorang jejaka kacak dari Damansara, anak pegawai kerajaan telah melamarnya sebagai kekasih hati. Diana serba salah. Di sana Mikhail seorang pelajar Diploma Perakaunan setia menunggu. Di sini Rudy jejaka urban, model sambilan merangkap pelajar jurusan arkitek datang melafazkan cinta. Dia juga ada kereta Perodua Kembara. Untuk Diana dengan kereta ini tidak perlulah dia berpanas hujan berjalan kaki ke dewan kuliah.

Lalu sampailah satu layangan SMS dari Rudy. "Diana she's mine." Remuk redam hatiku saat membaca SMS itu. Mesej tu ku biarkan tanpa balasan. Walau dalam hati teringin nak balas 'berambus ke neraka.'

Untuk seminggu selepas itu aku jadi bingung. Aku sudah biasa berjalan kaki ke dewan kuliah dengan Diana. Selama ini kami bahagia bawah panahan terik matahari, kini aku sendiri melangkah tanpa teman. Dan tika itulah Perodua Kembara itu memintasku sambil bingit menekan hon. Dari ekor mataku jelas dilihat Diana sedang tertawa manja dengan Rudy. Rudy dengan sunglass RayBan sekadar senyum sambil menoleh ke arahku.

Lalu kereta itu meluncur laju memintasku. Saat itu aku terbayang kalaulah aku ada mesingan memang bersepailah Perodua Kembara Rudy itu.

Beberapa hari kemudian selepas habis kuliah, dalam perjalanan pulang aku singgah ke Downtown, aku memesan jus mangga. Sebungkus plastik penuh RM2.50 sahaja. Nikmatnya tuhan saja yang tahu saat meminumnya tika panas cering petang.

Sambil menyedut jus mangga, aku mengeluarkan telefon. Mulanya aku nak main Snake. Tak jadi. Aku membuka menu Messaging.  sambil menatal mesej kepada Azlan -- memaklumkan aku singgah di Downtown. Nak kirim apa, kirimlah. Aku terpandang kembali mesej tersalah hantar dari gadis itu. Aku terfikir adakah dia telah hantar ke nombor Mimi yang betul. Maka aku pun -- entah apa niatnya, menyusul SMS kepadanya. 

Dah dapat no. henpon Mimi? Dia tengah tunggu awak balas 'aje bajang' tu.

Begitu pantas dering handphone aku tanda SMS diterima. Hatiku berdebar. Selama ini aku bukan tahu pun gadis ini lelaki atau perempuan. Aku agak saja mungkin Mimi ini bergurau lalu dibalasnya SMS dengan 'aje bajang.'

Aku pun terus membuka inbox. 1 message unread. Tak sabarnya. 

Nasi goreng ayam 1.

Jus mangga 1.

Ayam goreng 1 - Meor mintak.

Nescafe Ais 2 - Meor + Shadow.

Megi goreng 2 - Meor + Acab nak pedas sikit.

Spontan aku ketuk kepalaku dengan Nokia 8250. Astagaa. Mesej kiriman makanan Azlan benar-benar menyesakkan dadaku. Sudahlah order makan mahal-mahal, dia open order pulak dengan kawan-kawan lain. Dia ingat duit PTPTN dalam poket aku ni banyak ke.

Demi tidak menghampakan kawan-kawan, aku pun pergilah dari kedai ke kedai di Downtown itu. Makcik Zainab, tukang masak tersohor di Downtown menegurku "kenape menunduk je tu?" Aku hanya senyum tawar. Dalam hati aku jawab mau tak menunduknya makcik, saya kena pau dengan kawan. Lepas tu sayalah yang kena bawak semua order ni ke bilik.

Kemudian handphone aku berdering lagi. 1 message received. Aku yakin mesti Azlan nak tambah order lagi. Jangan risau sahabat, aku dah ready jawapan yang sesuai. Sama ada 'pergi mampus' atau 'ingat aku ni cop duit ke bajangg.' 

"As.salam awk, sy dah msj mimi lah. No. dia dekat2 dgn awk. Sy slh tekan hari tu. Sorry ek Mikhail."

Wahhhh.... Tiba-tiba aku rasa cerah dunia ni. Sepantas kilat aku membalas mesejnya. 

"Hehe okay. Awk tau nama saya. Nama awk apa pulak. Sy save no. ni Kawan Mimi Sesat."

"Hehehe ngadalah. Sy Nur Amira. Panggil Amir pun bolehhh. Ehehe." 

Oh tidak. Mustahil aku panggil Amir. Terbayang aku Amir class rep aku yang skema dan cakap macam robot sepatah sepatah. Seolah-olah setiap patah katanya ada titik noktah. "Kau. Dah. Bayar. Duit. Fotostat. Puan. Wardina?"

Ohhh Mira. Mira Mimi. Sy baru je nak makan mi ni. Mi goreng. XD

"Sy bukan mknn la awak. Hehehe. Erm sedap mkn mee grg. Jgn lupa bc bismillah ye."

Maka bermulalah hari hari bahagiaku. Aku lihat rumput lalang di tepi Downtown ini seperti taman bunga yang penuh dengan ros dan chrysanthemum. 

"Hai apa yang  nyerongin je tu. Penat makcik panggil kamu." Alamak kesian makcik Zainab bawak semua order ke mejaku. 

"Maaf cik nab. Saya tak perasannn. Sorry sorry sorry." 

"Takpelah. Tadi mendung aje muka kamu tu. Acik ingat kamu penat jalan jauh. Ni tiba-tiba sengih manjang. Kamu balas mesej dengan perempuan ke?"

"Ha ah saya mesej dengan Nadia anak acik la ni. Tanya dia sihat ke tak. Tak nampak dia kat sini. Risau saya."

"Eeee getiknye.... Nadia datang malam karang. Dia ada sukan kat sekolah. Dah pergi balik. Syuh syuh."

Ala acik ingat saya ayam ke nak syuh syuh. Ok fine. Saya balik.

"Makcik nanti saya nak masuk minang Nadia boleh." 

"Eeee tak sio aku menantukan kamu. Baju pun pakai sama aje tiap hari. Entah2 tak basuh."

"Acik tak baik tau. Nanti saya jadi Tax Accountant kat PriceWaterhouseCoopers baru makcik menyesal tolak saya." 

"Dah pergi balik pergi balik." Makcik Zainab mengekek gelak. Cepat-cepat dia ke dapur. Banyak order mula masuk petang itu.

Dan bila aku sampai ke bilik, situasi gempar berlaku. 

"Weh. First time aku nampak orang kena pau happy weh." Azlan

"Aku tak percaya. Dah la dia order, lepas tu dia bawak semua ni sorang-sorang. Lepas tu dia belanja kita semua wehhh.." Shadow 

"Kamu dah nak mati ke, lain macam buang tabiat kamu ni." Meor

Aku langsung tak ambik port hiruk pikuk di bilik ini. Aku terus ke katil. Baring. Peluk bantal golek. Unlock keypad Nokia 8250.

"Mira"

+++++++ 

Bas General 46 terlanggar lubang lalu menyedarkan aku dari lamunan. Seketika seorang lelaki menekan loceng. Bas berhenti. Ah, dah sampai Ayer Tawar. Aku cepat-cepat menuruti lelaki itu turun keluar dari bas.

Seketika bas pun bergerak menuju Manjung. Dari situ aku berjalan menuju ke KFC. Dan di depanku kini adalah seorang gadis bertudung biru muda setia menunggu. 

"Mira"

Dan gadis itu tersenyum.


Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...