Akhirnya program ini berjaya dijalankan. Syukur Alhamdulillah. Masa perancangan ini saya merasa betapa sukarnya menyusun langkah. Bila sampai ke tahap ini saya rasa sangat berpuas hati. Apa yang saya rasa ralat sebab ada masalah sedikit sehingga sampai ke tempat program selepas semuanya dah habis. Tak apalah rezeki saya bukan berada dalam program ini.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah. Sanjungan tuan-tuan itu tidaklah menjadikan saya lupa diri, saya sedar saya perlu terus bekerja dan menyusun program.
Malamnya saya terlibat dengan mesyuarat sehingga tamat jam 3.20 pagi, saya fikir kalau semua agenda dibincangkan mungkin kami semua akan menempah saf pertama Subuh di masjid.
Dalam keadaan mata rabak, saya gagahkan juga pergi makan sate sempena sambutan Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Wangsa Maju. saya seronok dengan acara makan dan saya perhatikan persiapan tersusun rapi. Venue SJKC Lee Rubber merupakan satu perkara yang mustahil sebelum ini.
Saya tak pasti mengapa saya sibuk sangat dari 16 Februari - 17 Februari. Dah berapa dekad saya hidup, bulan Februari paling tidak produktif dalam hidup saya.