@KPLB

Januari 2015
Saya telah mendapat surat tawaran pelantikan Penolong Juruaudit Gred W27 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bil.SPA.PG/850430086643(S-37) bertarikh 14 Oktober 2014. Kemudian, surat penempatan bil.AUDIT/(S)/IP/147/904/5 Jld.13 (12) bertarikh 23 Disember 2014 telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).
Saya melapor diri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada pagi 19 Januari 2015. 

Tugasan pertama saya adalah membantu pengesahan baki awal bagi Akaun Belum Terima (ABT), Akaun Belum Bayar (ABB), Asset Under Construction (AUC), Aset Alih (AA) dan Aset Tak Alih (ATA).

Februari 2015
Saya membantu pasukan siasatan. Selain daripada itu, saya diberi peluang menimba pengalaman penganjuran MEKADA di Genting Highlands.

Mac 2015
Saya tidak terlibat dalam tugasan luar kerana menguruskan kelahiran anak. 

April 2015
Saya diarahkan untuk melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Accountability Index) di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang di Kuantan.
Kemudian, saya turut terlibat membuat penampilan audit di PCN Kedah / Pulau Pinang / Perlis di Alor Setar, Kedah.

Mei 2015
Saya telah menyertai Kursus Intensif Perakaunan anjuran Akademi Audit Negara (AAN). Kursus ini adalah sebagai persediaan untuk peperiksaan subjek jabatan bagi lantikan baru PJA.

Jun 2015
Saya telah mengambil peperiksaan subjek jabatan untuk ketiga-ketiga kertas peperiksaan. Selepas selesai peperiksaan pada hari terakhir, saya telah diarahkan untuk ke hotel Aston Hotel, Nilai, Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Aset Alih kepada pengurus-pengurus Mini RTC.

Julai 2015
Saya telah terlibat membantu susulan Projek di Sarawak pada bulan Ramadhan. 

Ogos 2015
Keputusan peperiksaan subjek jabatan telah dikeluarkan dan syukur Alhamdulillah saya telah lulus ketiga-tiga kertas peperiksaan. Saya telah menerima Sijil Kepujian Jabatan Audit Negara yang disampaikan oleh Tan Sri Hj Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara.

September 2015
Kajian penyelenggaraan peralatan ICT bermula di Bahagian Pengurusan Maklumat, KKLW.

Oktober 2015
Saya ditugaskan membuat kajian penyelenggaraan peralatan ICT di KEMAS Melaka, KEMAS Selangor dan JAKOA Selangor.

November 2015
Saya terlibat dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan (Accountability Index) di PCN Negeri Sembilan / Melaka di Seremban. 

Disember 2015
Saya telah menyusun Laporan Tahunan Unit Audit Dalam, KKLW bagi tahun 2015. 

Januari 2016
Saya masih terlibat dalam menyusun Laporan Tahunan Unit Audit Dalam. Kemudian, Kajian Audit Pemberian Komputer Riba Kepada Pelajar Orang Asli pun bermula. Saya terlibat membantu Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil. 4/2015 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Februari 2016
Pasukan saya telah turun ke Rompin, Pekan dan Kuantan, Pahang untuk tugasan kajian Audit. Selepas itu, saya menyertai Batch 1/2016 untuk kursus Program Transformasi Minda & Kursus Asas Juruaudit dan Penolong Juruaudit selama sebulan.

Mac 2016
Program Transformasi Minda & Kursus Asas Juruaudit dan Penolong Juruaudit masih berjalan di Akademi Audit Negara. Disertai oleh 26 auditor dari pelbagai gred (W41 – Penolong Pengarah Audit, W27 – Penolong Juruaudit). Saya turut diberi peluang belajar asas Audit Command Language.

April 2016
Audit Pengurusan Kewangan KEMAS Terengganu. Saya gagal dan jatuh sakit ketika ini.

Mei 2016
Audit Pengurusan Kewangan KEMAS Kedah. Saya seronok tugasan di negeri jelapang padi. Selain daripada penemuan audit, makanan di sini sedap. Inilah tugasan paling best untuk tahun ini bagi kategori AI.

Dan saya kena tinggal kapal terbang. Pergh.

Jun 2016
Bulan Ramadhan. Saya tak pergi mana-mana.

Julai 2016
Bulan Syawal. Raya beb, raya!

Ogos 2016
Tak pergi mana-mana. Rasa macam kena simpan dalam peti sejuk. Haha.

September 2016
Audit Pengurusan Kewangan KEMAS Sarawak. Secara keseluruhan pengurusan KEMAS Sarawak adalah baik. Isu biasa-biasa saja.

Oktober 2016
Entrace Kajian NGO @KKLW bermula. Harap Kajian ini best.

November 2016
Kajian NGO telah selesai. Saya menyertai pengauditan di KEMAS Melaka sehingga 2 Disember 2016.

Disember 2016
Alhamdulillah. Tahun ini selesai pengauditan di 5 KEMAS Negeri. Selain itu, 2 Kajian telah pun dihantar untuk semakan akhir. Semoga pembentangan Jawatankuasa Audit Januari 2017 berjalan dengan cemerlang.

Sebagai penutup, tahun ini lebih produktif dari tahun 2015. Banyak benda baru belajar, banyak lagi yang kena belajar. Banyak lagi yang tak tahu apa-apa. Yang baru belajar pun ada jua yang terlupa. Haish.

Januari 2017
Pengauditan Pengurusan Kewangan Pejabat KKLW Johor. Alhamdulillah selesai dengan baik.

Februari 2017
Pengauditan Pengurusan Kewangan Pejabat KKLW Perak. Saya mengalami masalah kesihatan. Ketiadaan Kak Intan menyebabkan pasukan saya terjejas. Walau bagaimanapun, pengauditan berjalan dengan baik.

Mac 2017
Pengauditan Pengurusan Pejabat KKLW Sarawak. Alhamdulillah kami menyempurnakan pengauditan selepas berdepan cabaran mengaudit kawasan Sibu, Pakan, Meradong, Sarikei. Perjalanan dari Sarikei ke Sarawak memakan masa 8 jam. Kredit kepada pilot En Ajis yang tabah sehingga kami selamat sampai ke Kuching.

Masa yang sangat suntuk menyebabkan saya hanya tidur selama 2 jam pada malam akhir pengauditan. Sebelumnya kami telah berada di pejabat PKN Sarawak sampai pukul 9 malam. Kenangan manis bekerja bersama-sama pasukan.

Team kami juga telah mencatat rekod baru penyediaan Pemerhatian Audit terpantas iaitu dalam tempoh sehari selepas pengauditan selesai. Alhamdulillah.

Kalau ikut kepada man hours, tugasan pengauditan pengurusan kewangan bagi tahun 2017 telah pun selesai semuanya. Masa untuk kajian audit!

April 2017
Terima arahan melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan KKLW Kedah / Perlis / Penang. Alhamdulillah sampai jua di sini walaupun pada asalnya tiada dalam senarai tugas.

Sempat singgah makan nasi lemak royale dan ais kacang salji. Isu biasa-biasa sahaja. Buat pertama kalinya Pengarah KKLW Negeri turun padang bersama-sama kami mengaudit projek yang dilaksanakan.

Selesailah sudah pengauditan di seluruh Pejabat KKLW negeri untuk tahun ini.

Mei 2017
Kajian Keselamatan dan Kebersihan bakal bermula. Kajian in-house. Tiada outstation di bulan Ramadhan.

Jun 2017
Memasuki bulan Ramadhan dan Syawal, saya masuk ke peti sejuk. Meneruskan semakan untuk Kajian Keselamatan dan Kebersihan.

Julai 2017
Draf Kajian Keselamatan dan Kebersihan selesai dibuat. Pada 31 Julai dan 1 Ogos, saya terlibat memantau proses pengagihan wang EHP dan ETM peserta Sijil Tadbir Urus Desa anjuran INFRA di Kota Kinabalu. Dalam masa yang sama, kami turut memeriksa penerima bantuan Mobilepreneur anjuran Kementerian di sekitar Kota Kinabalu.

Secara peribadi saya kurang berpuas hati dengan pelaksanaan Mobilepreneur.

Ogos 2017
Pengauditan Mobilepreneur diteruskan di Kota Bharu, Kelantan dan Sandakan, Sabah. Seterusnya pasukan audit turun ke Kinabatangan, Sabah. Kawasan yang besar dan saya agak terkilan kerana tidak dapat cover banyak tempat disebabkan terdapat peserta yang gagal dikesan, selain kekangan masa akibat kedudukan sampel yang jauh ke pedalaman. Sandakan merupakan sebuah bandar pelabuhan yang menarik untuk dikunjungi.

Sepanjang berada di Sandakan dan Kinabatangan, saya turut terlibat memantau projek PBR Kementerian yang dilaksanakan oleh Felcra.

September 2017
Entrance Kajian Pelaksanaan Program Pendidikan Masyarakat KEMAS pada 12 September 2017.

Oktober 2017
Kajian PKEM masih berjalan dengan perlahan. Mesyuarat Jawatankuasa Audit bil. 3/2017 telah dibentangkan pada 10 Oktober 2017. Akhirnya setelah lama tertangguh, Kajian NGO telah dibentangkan. Hampir setahun juga tersimpan dalam fail.

November 2017
Kajian PKEM diteruskan serentak dengan Kajian Lampu Jalan Kampung di Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perlis dan Terengganu. Saya hanya terlibat di Negeri Sembilan dan Melaka sahaja.

KEMAS Melaka memaklumkan bahawa kehadiran kami untuk pengauditan lampu jalan kampung di Kuala Linggi, Melaka telah mendapat perhatian daripada Ketua Menteri Melaka dan ADUN.

Sepanjang bertugas di Kementerian, amat sukar untuk mendapatkan isu material apabila membuat pengauditan di Melaka. Staf dan pegawai mereka kompeten. Indikator bagi seseorang juruaudit yang baik adalah kemampuan membuat kuiri di negeri tersebut.

Disember 2017
Kajian Lampu Jalan Kampung telah dipanjangkan dengan penambahan sampel di negeri Perak. Bulan ini juga, draf Laporan Tahunan mula dibuat. Manakala kami telah memberikan input untuk Rancangan Audit 2018.

Tamatlah sudah catatan tahun 2017. Pada saya, tahun ini saya tidak sepuas hati tahun 2016. Tajuk kajian juga kurang menyengat. Cuba lagi Shadow.

Januari 2018
Selesaikan kerja tertunggak 2017.

Februari 2018
Pengurusan Kewangan JAKOA Perak

Mac 2018
Tak keluar mana-mana

April 2018
Duduk je

Mei 2018
PRU menyaksikan Barisan Nasional tewas di tangan Parti Keadilan Rakyat. Bulan ni memang jem sebab peralihan kuasa kerajaan menyebabkan kami perlu menunggu arahan Menteri baru.

Jun 2018
Raya. Program PPRT diteruskan.

Julai 2018
Lawatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Kedah/Langkawi

Ogos 2018
Selesaikan report.

September 2018
Pengauditan Pengurusan Kewangan KEMAS Sibu, Bintulu dan Miri

Oktober 2018
Pengauditan Pengurusan Kewangan KEMAS Sandakan dan Keningau. Sampai di Kampung Gas saya sedih dengan keadaan murid TABIKA yang menumpang surau untuk belajar.

November 2018
Pengauditan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa di Kuala Terengganu. Saya sedih juga ramai usahawan melayu bercita-cita tinggi dan hanyut dengan cita-cita itu.

Disember 2018
Urusan pengauditan diteruskan di Bank SME Kuala Lumpur. Wang Awam yang tidak pernah dipantau rekodnya. Sedih.

Januari 2019
Pengauditan Pengurusan Kewangan di ILK Kuantan, Pahang

Tidak dikemaskini mulai Januari 2019 sehinggalah pandemik Covid-19. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...