Rabu, 19 Januari 2022

Selagi Bernafas

 


Di sebalik ancaman berterusan Covid-19, nampaknya kita tiada pilihan lain. Kita perlu terima hakikat bahawa hidup perlu diteruskan. Orang lain mula hidup seperti biasa, mereka bekerja dan bersekolah. Di hujung minggu mereka bersiar-siar di gedung membeli belah, bermain pasir di tepi pantai, berkhemah dan mandi manda di sungai-sungai serta memandu jauh melangkaui sempadan daerah dan negeri. 

Apabila kita bergerak, ekonomi juga bergerak. Wang tunai bertukar tangan. Baki e-wallet berpindah milik. Terminal Visa dan Mastercard kembali sibuk teet.... teet... menolak baki kad debit dan kredit. Stok barangan jualan perlu ditambah. Pekerja perlu direkrut segera. Gerai-gerai kecil kembali dihurung pelanggan. Alhamdulillah, setakat ini situasi semakin baik. Semoga ekonomi negara semakin berkembang dan dividen pelaburan semakin meningkat hendaknya Ameen.

Apa yang membimbangkan kini adalah anak-anak kecil dan remaja. Mereka ketinggalan dalam pelajaran akibat penutupan sekolah secara berterusan sebelum ini. Masa zoom dan google meet tu mereka buat-buat faham saja depan skrin telefon. Saya berani cakap online learning ni jika orang dewasa pun susah nak fokus, apatah lagi budak-budak. 

Buat pertama kalinya apabila tahun baharu menjelang tiba, mereka masih belum naik kelas. Saya nampak mental mereka terganggu. Minat bersekolah merudum. Masa dihabiskan dengan handphone dan merayau bersama kawan. Keadaan ini menyebabkan saya berfikir bahawa masa depan mereka nampaknya jauh lebih sukar berbanding saya.

Saya kira tiada lagi penutupan ekonomi atau sekatan pergerakan lagi selepas ini. Malaysia merupakan negara kapitalis yang bakal terjejas teruk jika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula. 

Saya yakin ramai rakan-rakan ada azam tahun baru. Saya tiada azam apa-apa. Untuk saya, hiduplah selagi diizinkan nafas itu bersarang di dada. Mungkin ada lah kehendak menukar itu dan ini kerana selagi hidup selagi itulah kita ada kehendak. Tetapi kehendak itu tidaklah begitu menekan saya. 

Kekayaan sebenar dalam hidup ini adalah kesihatan yang baik, wang yang cukup sekadar perlu dan ketenangan fikiran. Rasa sayalah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...