Kenangan lama sekadar ingatan di masa lalu
Hari ni ada lagi ke orang pandang keputusan PMR?
Kenangan di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tahun 2002 kami adalah batch Form 5 pertama yang berpindah ke Sungai Gadut. Gambar ini dirakam pada hari Ahad, pagi itu warden mengganggu tidur kami dengan mengarahkan kami bersenam di sini.
Selepas tewas dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat di Cabang Wangsa Maju, saya membantu calon Ketua Cabang YB Jue yang bertanding sengit 6 penjuru di Kuala Selangor.
YB Jue mengucapkan terima kasih. Struggle juga nak pindahkan 12,000 contact anggota cabang Kuala Selangor ke dalam WhatsApp. Wangsa Maju pun baru 4,000.
YB Jue bermurah hati memberikan token kepada saya. Saya telah menyerahkan wang ini kepada sahabat saya YB Azmee untuk meluncurkan program penyerahan sumbangan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah dan MP Wangsa Maju. Waktu dapat duit ini akaun Maybank saya cuma ada RM1.63, tapi saya pejam mata je la hahaha.
Saya telah melaporkan wang tersebut telah diagihkan kepada anak-anak flat Sri Langkawi kepada YB Jue.
"Demikianlah perjalanan politik saya dalam Parti Keadilan Rakyat setakat ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada sdr Syafiq yang telah membawa saya sebagai AJK AMK Cabang Wangsa Maju sesi 2014-2018. Namun, kehidupan perlu diteruskan dan saya membawa haluan sendiri seperti mana rakan-rakan yang lain. Wallahulalam."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan