Sabtu, 4 Jun 2022

Pengganti Viva

Kereta Axia, 28 Mei 2022 / 27 Syawal 1433

Alhamdulillah ada rezeki untuk upgrade kereta dari Viva kepada Axia. Walaupun aku cuma mampu beli spec paling rendah (Axia E) tetapi ini lebih baik kerana enjin dia jauh lebih kuat dari Viva 660. Ansuran bulanan RM276 iaitu paling rendah di Malaysia bagi kereta baru. 

Aku tengah struggle nak sesuaikan diri dengan klac Axia. Kawan aku pula cakap "cuba kau cari Viva kau tu balik, mana tahu otak kau tertinggal kat situ." Cis cis cis kah kah kah.

Axia rim kompang ini adalah simbol marhaen yang tak mampu pakai kereta mahal-mahal. Asal boleh sampai dari point A ke point B aku bersyukur sangat dah. 

Tak padan dengan rim kompang, aku kena tunggu 4 bulan sebelum dapat kereta ni sampai member cakap "kau beli Ferrari ke lama sangat tak sampai-sampai."

Aku pernah baca orang tunggu sampai 7 bulan tak dapat kereta lagi. (Bila aku selidik kenapa lambat sangat rupanya bukan sebab masalah cip ke, masalah perodua ke tapi masalah pembeli tu sendiri yang sibuk pilih warna kereta).

Cuba hangpa beli kereta Axia E ni, confirm tak boleh pilih kaler pun hahahaha. 

Aku berharap kereta ni dapat bantu aku permudahkan urusan seharian. Dan semoga rezeki aku murah dan mampu bayar ansuran kereta ini dengan jayanya. Semoga kereta ini tahan lama insya Allah ameen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...