Khamis, 30 April 2020

35 Tahun

Alhamdulillah hari ini genap umur saya 35 tahun. Hari ini juga bermakna sudah 44 hari Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Sepanjang tempoh ini, cara saya berfikir telah banyak berubah. Secara beransur saya mula menyusun masa hadapan yang sudah pasti lebih mencabar daripada sekarang. Saya berharap dikurniakan rezeki melimpah ruah supaya dapatlah saya membantu keluarga saya dan mereka yang memerlukan.

Usia ini saya mula mencari hobi atau minat baharu. Saya berminat tentang statistik, ekonomi, saham dan hartanah. Saya juga berminat dengan kemahiran seperti elektrik dan elektronik. Saya sudah mula sedikit-sedikit belajar melalui youtube. Saya tidaklah belajar semuanya serentak. Langkah demi langkah.

Usia ini saya harap dapat lebih bertenang, berfikir dan berdiam. 

Terima kasih di atas segala ucapan yang diterima dalam kiriman media sosial, whatsapp dan SMS. Saya amat hargainya. Alhamdulillah.

Khamis, 23 April 2020

Wawasan 2025

Hari ini bermulanya Rancangan Kewangan 5 tahun (Wawasan 2025). Tujuan pelaksanaan rancangan ini adalah untuk memiliki sebuah hartanah bernilai RM200,000 dalam tempoh 5 tahun. Rancangan ini terdiri daripada beberapa fasa seperti berikut:-

Fasa 1. Meningkatkan pendapatan bersih kepada 68%

Fasa 2: Melangsaikan hutang koperasi/pembiayaan kenderaan dan mewujudkan simpanan bersih RM1,400. Pendapatan bersih meningkat kepada 80%.

Fasa 3: Memiliki seunit hartanah apartment/flat untuk sewaan. 

Fasa 4: Menambah hartanah sewa.

Fasa 5: Meningkatkan aliran tunai dan melangsaikan pembiayaan lain.

Selamat datang Ramadhan dan semoga segala perancangan dipermudahkan, insya Allah.

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...