Khamis, 5 Disember 2019

Selamat Tinggal Opah


Saya mendapat berita pemergian opah ke rahmatullah pada jam 6.30 petang, 3 Disember 2019. Jam 8.30 malam saya memulakan perjalanan ke Lenggong. Dalam jam 1.30 pagi kami sampai di rumah pakcu.

Disebabkan ramai saudara mara telah datang, saya membawa anak isteri ke rumah rehat Lenggong. Dalam jam 3 pagi baru saya tidur.

Esoknya kami bersama-sama menziarahi opah buat kali terakhir. Pada usia 96 tahun, akhirnya opah pergi jua. Selepas zohor kami berangkat pulang. 

Saya bersyukur kerana sempat menziarahi opah pada hari raya lepas. 

Selamat tinggal opah, semoga ketemu kembali di syurga dengan izin Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...