Jumaat, 18 Mac 2016

Laporan Yang Berkualiti

a. Laporan yang berkualiti adalah:-

1. Laporan yang baik.
2. Ayat yang tersusun.
3. Gambar yang tepat
4. Fakta yang tepat.

b. Kesimpulannya, laporan yang berkualiti adalah laporan yang tidak boleh dipertikai.

c. Auditor bukan penjual setem. Auditor perlu tanya kenapa? kenapa? kenapa?

Penjual setem, apabila menjual dia tidak akan bertanya apa-apa, contoh, pelanggan ingin 8 keping setem 50 sen, dia akan terus mengikut kemahuan pelanggan tanpa bertanya kenapa tak beli setem RM1? 

d. Baca undang-undang perlu rujukan kepada akta-akta lain. Contoh, baca Akta 62 kena rujuk Akta 61, 1PP, Perlembagaan Persekutuan, Akta 240.

e. When you say something, you must have confidence.

f. Hafal Kod SODO (Standard Object Detailed Object) seperti contoh di bawah. 

10000 EMOLUMEN
Objek Am ini hanya boleh digunakan untuk merekod bayaran kepada kakitangan yang memegang jawatan tetap (established post) sahaja.

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
Objek Am ini bertujuan merekodkan semua perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang dibeli termasuk bayaran-bayaran kepada penyandang ‘non- establised posts’.

30000 ASET
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan untuk mendapat semua jenis aset termasuk harta modal, pelaburan, binatang untuk tujuan ternakan dan keselamatan, pokok dan benih untuk tujuan tanaman.

Objek Am ini juga merekodkan pebelanjaan pembaikan besar ke atas harta-harta modal. Definisi pembaikan besar adalah sesuatu pindaan, sama ada secara struktural atau tidak serta sesuatu tambahan atau pembaharuan yang dibuat kepada aset yang sedia ada yang menambahkan nilai dan mutunya. Contoh contoh pembaikan besar ialah ‘extensions and renovations of buildings’ dan ‘overhauling of cars’.

40000 PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan dalam bentuk pemberian atau bantuan, bayaran berkenaan dengan hutang negara, pencen dan ganjaran kakitangan dan tuntutan insurans dan pampasan.

50000 PERBELANJAAN-PERBELANJAAN LAIN
Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran selain daripada emolumen, perkhidmatan dan bekalan, perolehan aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Bayaran-bayaran yang boleh direkodkan di bawah Objek Sebagai ini ialah:-
51100 Pulangan Balik
51200 Hapus Kira
52100 Yuran
52900 Cukai dan Pelbagai

60000 HASIL CUKAI
Objek Am ini merekodkan semua kutipan hasil berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan ke atas harta, pendapatan, jualan, impot, eksport dan sebagainya.

70000 HASIL BUKAN CUKAI
Objek Am ini merekodkan terimaan hasil-hasil bukan cukai.

80000 PELBAGAI TERIMAAN
Objek Am ini merekodkan terimaan pulangan balik perbelanjaan dan terimaan daripada agensi-agensi kerajaan.

90000 HASIL WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
Objek Am ini merekodkan semua jenis hasil yang dipungut oleh atau bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(Hanya Kod Objek Am sahaja dikongsi dalam kiriman blog ini).

g. Kena baca, kena kenal tajuk kajian. Tak baca, macam mana nak komen?

h. Sentiasa bertanya BETUL KE NI?

i. Bajet adalah KITAB.

j. Ketua Audit Negara BUKAN pegawai awam, tetapi DISIFATKAN sebagai pegawai awam.

k. Contoh Kumpulan Wang Diasingkan adalah pungutan zakat Majlis Agama Islam.

l. Seksyen 8(3) Akta Audit Negara 1957 (Akta 62) menerangkan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi auditi mendedahkan maklumat sulit kepada auditor (dalam hal tersebut sahaja).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...