Rabu, 13 September 2017

Isu-Isu Siri 1 LKAN 2016 KKLW

Alhamdulillah ada sedikit kelapangan menelaah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 1 di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sebelum ini Jabatan Audit Negara (JAN) menerbitkan 3 siri laporan bagi setiap tahun. Walau bagaimanapun mulai tahun 2016, JAN hanya menerbitkan 2 siri laporan sahaja yang akan dibentangkan di Parlimen.

Antara penemuan JAN adalah seperti berikut:-

1. Sebanyak 19 projek bernilai RM5.32 juta di 12 koperasi gagal dan terbengkalai. 

i. Koperasi Kaban Stass Bau Berhad
Projek Pengumpulan dan Pemprosesan Susu Getah (RM630,000)

Penemuan Audit
Koperasi belum melaksanakan aktiviti pengumpulan dan pemprosesan susu getah. Akibatnya, bangunan dan peralatan tidak digunakan dan menyumbang kepada pembaziran wang awam.

ii. Koperasi Seru Serbang Bongawan Sabah Berhad
Projek Pusat Penyembelihan dan Jualan Ayam Pedaging (RM240,000)

Penemuan Audit
Projek masih belum beroperasi. Peralatan dan segala keperluan yang dibeli sejak tahun 2015 tidak digunakan. Pembaziran wang awam.

iii. Koperasi Kampung Berundong Papar Berhad
Projek Mobile Cafe KopieSatu (RM180,000)

Penemuan Audit
Projek tidak dilaksanakan kerana mesin memproses air kopi yang dibekalkan didapati rosak. Waranti mesin tersebut telah tamat. 

iv. Koperasi Homestay Sungai Pasu Raub Berhad
Projek Penternakan Ikan Air Tawar (RM93,300)

Penemuan Audit
80,000 anak ikan tilapia dan 1,500 ekor anak ikan patin hilang.

v. Koperasi Peneroka FELDA Mata Ayer Perlis Berhad
Projek Kuih Bahulu dan Projek Kerisik Kelapa (RM40,250)

Penemuan Audit
Semua peralatan yang dibeli sejak Februari 2014 masih tidak digunakan dan terbiar dalam stor. Puncanya Koperasi tidak mempunyai peruntukan untuk menaiktaraf pendawaian di bengkel projek daripada Fasa 1 ke Fasa 3. 

vi. Koperasi Pembangunan Ulu Legong Berhad
Projek Chalet Kabin, Projek Taman Herba, Projek Cenderamata, Projek Embroidery dan Jahitan Sulaman, Projek Bengkel Kuih Tradisional (RM1,040,000)

Penemuan Audit
Projek tidak dilaksanakan secara berterusan dan terhenti disebabkan ketiadaan pengusaha yang telah berhijrah. Projek taman herba dan Chalet Kabin juga masih belum disiapkan.

vii. Koperasi Bersatu Maju Hulu Chuchoh Berhad
Projek Semaian Anak Benih Sawit (RM320,000)

Penemuan Audit
Projek masih belum dilaksanakan dan anak benih sawit terbiar.

viii. Koperasi Sungai Lang Berhad
Penternakan Lembu dan Kambing Fidlot (RM1,210,000)

Penemuan Audit
Kandang kosong. Semua lembu dan kambing telah dijual.

ix. Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad
Perkhidmatan Percetakan Cenderamata (RM16,000)

Penemuan Audit
Peralatan tidak digunakan. Projek tersebut hanya bertahan seketika sahaja sehingga Disember 2015.

x. Koperasi Desa Lestari Kg Seterpa Kota Bharu Berhad
Perkhidmatan Pengangkutan dan Pemotongan Rumput, Projek Penternakan Lebah Kelulut (RM440,000)

Penemuan Audit
Kesemua peralatan dan kenderaan yang dibeli tidak dapat digunakan. Projek gagal dilaksanakan.

xi. Koperasi Gemilang Kg Gebok Seremban Berhad
Projek Perkhidmatan Sewaan Kanopi dan Projek Katering (RM400,000)

Penemuan Audit
Sebahagian besar peralatan tidak digunakan sejak pembelian pada Oktober 2015. 

xii. Koperasi Pembangunan Kg Tersusun Mawai Baru Berhad
Projek Ternakan Ayam Pedaging (RM670,000)

Penemuan Audit
Reban ayam yang siap dibina pada 7 September 2015 masih belum beroperasi kerana masalah bekalan elektrik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...