Selasa, 6 Oktober 2020

Fasa 2


Pendahuluan

Rancangan Fasa 2 menumpukan kepada simpanan bertujuan membantu waris melanjutkan pengajian atau memulakan perniagaan. Secara umumnya rancangan ini mampu meningkatkan taraf hidup keluarga pada masa depan.

Skop

Rancangan Fasa 2 adalah berjangka masa sederhana iaitu 4 tahun bermula Januari 2021 sehingga Disember 2024. 

Sasaran

Dalam tempoh 4 tahun, kami mensasarkan simpanan prinsipal berjumlah RM40,000 bertujuan sebagai modal perolehan hartanah dan simpanan masa depan waris. Jumlah ini boleh dicapai dengan kaedah seperti berikut:-

Kaedah

i. Simpanan KGT 4 Tahun Ke Akaun Amanah Saham Bumiputera Kawalan Shahir

Tahun 2021 = RM150 X 12 = RM1,800 (Simpanan Setakat 15/12/2021: RM2,000)

Tahun 2022 = RM300 X 12 = RM3,600 (Unjuran Dividen 5% ASBF Setakat 31/12/2021: RM1,500)

Tahun 2023 = RM450 X 12 = RM5,400

Tahun 2024 = RM600 X 12 = RM7,200


JUMLAH: RM18,000


ii. Simpanan Tetap ke Akaun Amanah Saham Bumiputera Kawalan Ain


RM400 X 12 Bulan X 4 Tahun (Simpanan Setakat 15/12/2021: RM5,000)


JUMLAH: RM19,200


iii. Simpanan Sijil Simpanan Premium BSN Shahir


RM50 X 48 Bulan + RM400 (Simpanan Setakat 15/12/2021: RM2,000)


JUMLAH: RM2,800


JUMLAH KESELURUHAN

+RM18,000

+RM19,200

+RM2,800

= RM40,000


Pendapat saya: Rancangan ini boleh dicapai memandangkan ia dibuat secara sederhana. Saya tidak menggunakan pendekatan konservatif yang boleh menaikkan simpanan prinsipal sehingga RM99,000 seperti perkiraan maksimum berikut:-


Savings - RM1,000 X 48 bulan = RM48,000

Kenaikan gaji saya - RM17,400 (KGT 4 Tahun)

Kenaikan gaji isteri - RM17,400 (KGT 4 Tahun)

Kenaikan pasca tamat koperasi - RM390X10= RM3,900 (Mac 2024-Disember 2024)

SSP Shahir = RM2,400

Penjimatan Pasca Tadika/Taska = RM9,960

Jumlah simpanan maksimum 4 tahun - RM99,060


Sekiranya dalam tempoh 4 tahun boleh simpan RM99,000. Tahun 2025 simpanan sudah mencapai RM100,000 termasuk dividen. 

Kadang-kadang kita selalu hairan mengapa orang cina boleh beli rumah cash, beli kereta cash.. Sekarang semuanya sudah terjawab. Mereka sering bersabar untuk tempoh sederhana. mereka tidak berhutang sebaliknya hidup ala kadar ketika memulakan karier. Cukup target simpanan mereka terus beli rumah. Cukup target simpanan mereka beli kereta. Cukup target simpanan mereka bercuti. 


Nota:

Kita terpaksa guna duit gaji untuk bayar ansuran kereta. Sedangkan mereka yang ada simpanan RM100,000 dengan nilai 5% dividen setahun boleh dapat RM4,500. Dengan duit dividen itu mereka boleh bayar ansuran bulanan Axia tanpa usik duit simpanan mereka. Dengan kata lain, mereka dapat kereta percuma. 

Sampai satu tahap, dengan dividen yang ada mereka guna untuk bayar ansuran rumah juga. rumah pun percuma! kemudian rumah itu disewa pula. dah la percuma dapat hasil lagi. 

Hanya kerana mereka menyimpan. Duit yang disimpan hanya digunakan untuk kepentingan keluarga seperti pendidikan, renovate rumah, membeli aset, mengembangkan modal dan sebagainya. 

Demikianlah duit. Sikap kita membezakan cara kita melihat duit itu. 

Orang kita pakai kad kredit bulan-bulan kena bayar caj lewat. Mereka pakai kad kredit bulan-bulan dapat point dapat free dining free handphone free travel. 

Jomlah berubah. Kita nak hidup senang sikit, ada duit, tak meminta-minta pada manusia, boleh bantu orang susah, fakir miskin, boleh amal jariah bantu anak yatim. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...