Selasa, 15 Disember 2020

Angan Angan

 

Tengah tunggu traffic light. Foto Nazri Oscariot

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama. Syukur kerana diberi rezeki untuk capai sasaran yang saya tetapkan tahun ini. Walaupun kecil, sekurang-kurangnya saya tahu melaksanakan rancangan adalah jauh lebih sukar dari merencana rancangan. Bezanya otak kita tidaklah rasa berat memandangkan rancangan sudah ada, cuma cari jalan untuk pastikan ia bergerak seiring dengan masa. 

Tahun 2020 ini saya masih memandu Viva 660 BX. Kalau dahulu saya mengimpikan memandu kereta T, N atau H. Namun di usia 35 tahun, saya rasa okay je bawa kereta belasahan macam ni. Hidup ringkas dan tidak terikat dengan ansuran bulanan lebih melapangkan saya. Harapnya saya istiqamah hendaknya.

Dalam hidup ini, dengan kemahiran tambah tolak darab bahagi sudah memadai untuk kita memahami apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu kita hindari. Nombor tidak boleh menipu. Nombor adalah fakta. Nombor adalah hakikat. Kalau nak buat sesuatu, pastikan kita ada nombor yang cukup. Senang cerita, semua orang boleh berangan kerana angan-angan adalah percuma. Tetapi berapa ramai yang cuba melaksanakan angan-angan itu? Tercapaikah angan-angan tersebut? 

Semua angan-angan di dunia ini perlukan nombor untuk mencapainya. Saya hanya perlu mengira dan berusaha melaksanakan apa yang dirancang. Hal yang lain terpulanglah kepada ketetapan Tuhan.

Jadi, untuk tahun 2020 yang masih berbaki ini eloklah saya habiskan masa dengan berangan-angan saja. Angan-angan saya sekarang adalah tak nak pakai kad kredit kecuali untuk outstation sahaja. Bolehkah ia tercapai? Jom mengira! 

Selasa, 8 Disember 2020

Hujung Tahun 2020

Sejujurnya tahun ini lain macam sikit. Tahun 2020 nombornya cantik tapi perjalanan tahun ini berliku liku. Dan kita sebagai manusia, selagi ada nafas selagi itu teruskan hidup. Krisis demi krisis diduga sampai aku lihat rata-rata orang ramai sudah lali dengan apa yang berlaku. 

Di kala ini aku teringat kembali lebih setahun lalu. Kisahnya adalah budi baik i-Destinasi yang membantu memulihkan ekonomiku. Sebelum wujudnya benda ini, slip gaji aku boleh dijadikan alas nasi lemak. Dengan kata lain, bank tak pandang. Akibatnya aku terpaksa mencari koperasi sebagai penyelesaian jangka pendek. Macam panadol. Ketahuilah, koperasi tidak seperti bank. Jika bank kadar disbursement antara 90 - 95%, koperasi boleh jadi 80% sahaja. Pernah satu ketika, disbursement yang aku dapat adalah 50%. 

Sudahlah disbursement rendah, kadar yang ditetapkan koperasi jauh lebih tinggi antara 8% - 9% berbanding 4% - 5% jika pembiayaan bank. Sampai satu masa, rezekiku meningkat dan aku mahu melangsaikan 3 pinjaman koperasi menggunakan pembiayaan bank. Malangnya bank tidak memberi jalan mudah buatku. Macam-macam requirement yang bank minta. Permohonanku ditolak sebab kadar DSR, rekod CCRIS dan rekod CTOS ketika itu tidak memihak aku.

Akhirnya muncul i Destinasi yang dinaungi RHB Bank. Program debt consolidation yang dibuat berjaya memulihkan rekod CCRIS. Debt consolidation ini adalah pembiayaan peribadi juga, bezanya permohonan boleh lulus walaupun CCRIS teruk dengan syarat pembiayaan ini perlu melangsaikan segala keterukan yang ada dalam data CCRIS seperti special attention account dan non performing loan. Kadar disbursement adalah 98% dan tidak perlu melalui potongan Angkasa. Kadar tetap 4% pada tahun itu adalah munasabah dan kompetitif berbanding bank-bank lain. Akhirnya syukur Alhamdulillah debt console aku berjaya. Pemulihan ini membolehkan aku bernafas lebih lega. 

Walaupun jodohku dengan RHB Bank tak lama, atas asbab mengambil kesempatan kadar rendah bank lain pada musim Covid, namun tanpa kemudahan yang ditawarkan i-Destinasi ini aku yakin sampai sekarang aku masih terpaksa melunaskan baki pinjaman koperasi yang tinggi kadarnya. 

Kini Alhamdulillah okay lah juga walaupun terpaksa bergelut juga bayar ansuran bulanan telefon, katil anak, baikpulih kereta yang off budget. Oh ya, bateri kereta pun aku bayar installment tau. Aku bagi tau member, member pun terkejut 'eh bateri pun ada installment ke?' Ye ada. Bateri harga RM195, instalment RM65 3 kali bayar. 

Tahun 2020 semakin di hujung, aku berharap semuanya semakin baik selepas ini. Dari segi kerja, sepanjang 6 tahun di sini aku boleh katakan tahun ini paling tak produktif. Situasi semasa tidak mengizinkan kami bergerak jauh. Bagaimana untuk tahun depan? Wallahulalam.



Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...