Sejujurnya tahun ini lain macam sikit. Tahun 2020 nombornya cantik tapi perjalanan tahun ini berliku liku. Dan kita sebagai manusia, selagi ada nafas selagi itu teruskan hidup. Krisis demi krisis diduga sampai aku lihat rata-rata orang ramai sudah lali dengan apa yang berlaku.
Di kala ini aku teringat kembali lebih setahun lalu. Kisahnya adalah budi baik i-Destinasi yang membantu memulihkan ekonomiku. Sebelum wujudnya benda ini, slip gaji aku boleh dijadikan alas nasi lemak. Dengan kata lain, bank tak pandang. Akibatnya aku terpaksa mencari koperasi sebagai penyelesaian jangka pendek. Macam panadol. Ketahuilah, koperasi tidak seperti bank. Jika bank kadar disbursement antara 90 - 95%, koperasi boleh jadi 80% sahaja. Pernah satu ketika, disbursement yang aku dapat adalah 50%.
Sudahlah disbursement rendah, kadar yang ditetapkan koperasi jauh lebih tinggi antara 8% - 9% berbanding 4% - 5% jika pembiayaan bank. Sampai satu masa, rezekiku meningkat dan aku mahu melangsaikan 3 pinjaman koperasi menggunakan pembiayaan bank. Malangnya bank tidak memberi jalan mudah buatku. Macam-macam requirement yang bank minta. Permohonanku ditolak sebab kadar DSR, rekod CCRIS dan rekod CTOS ketika itu tidak memihak aku.
Akhirnya muncul i Destinasi yang dinaungi RHB Bank. Program debt consolidation yang dibuat berjaya memulihkan rekod CCRIS. Debt consolidation ini adalah pembiayaan peribadi juga, bezanya permohonan boleh lulus walaupun CCRIS teruk dengan syarat pembiayaan ini perlu melangsaikan segala keterukan yang ada dalam data CCRIS seperti special attention account dan non performing loan. Kadar disbursement adalah 98% dan tidak perlu melalui potongan Angkasa. Kadar tetap 4% pada tahun itu adalah munasabah dan kompetitif berbanding bank-bank lain. Akhirnya syukur Alhamdulillah debt console aku berjaya. Pemulihan ini membolehkan aku bernafas lebih lega.
Walaupun jodohku dengan RHB Bank tak lama, atas asbab mengambil kesempatan kadar rendah bank lain pada musim Covid, namun tanpa kemudahan yang ditawarkan i-Destinasi ini aku yakin sampai sekarang aku masih terpaksa melunaskan baki pinjaman koperasi yang tinggi kadarnya.
Kini Alhamdulillah okay lah juga walaupun terpaksa bergelut juga bayar ansuran bulanan telefon, katil anak, baikpulih kereta yang off budget. Oh ya, bateri kereta pun aku bayar installment tau. Aku bagi tau member, member pun terkejut 'eh bateri pun ada installment ke?' Ye ada. Bateri harga RM195, instalment RM65 3 kali bayar.
Tahun 2020 semakin di hujung, aku berharap semuanya semakin baik selepas ini. Dari segi kerja, sepanjang 6 tahun di sini aku boleh katakan tahun ini paling tak produktif. Situasi semasa tidak mengizinkan kami bergerak jauh. Bagaimana untuk tahun depan? Wallahulalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan