Selasa, 21 Disember 2021

Selamat Berkhatan

 


Alhamdulillah selesai berkhatan pada 19 Disember 2021. Semoga segera sembuh. Besar-besar dah anak-anak ni. Kita rasa kita dah tua lah pulak. 

(intro)

Sehari dua sebelum khatan, hujan berterusan sepanjang siang dan malam, banjir besar terjadi di Selangor kesan dari tempias taufan di Filipina. Keadaan di Sri Muda sangat mendukacitakan. Air naik hingga ke bumbung rumah. Bantuan lambat tiba menyebabkan mereka terputus bekalan makanan selama 48 jam. Lebih menyedihkan apabila talian telefon terputus. Kita bayangkan jika keadaan ini berlaku pada kita, tinggal sehelai sepinggang, terputus hubungan dengan dunia luar, kereta diselaputi lumpur dan mungkin terpaksa jual timbang kati. Allahu. Kita berdoa semoga mereka beroleh bantuan sewajarnya dari pihak berkuasa.

Ada video yang dipanjangkan dari kawan-kawan media sosial, terdengar jeritan mereka meminta bantuan. Ada gambar yang menyedihkan di mana rumah pusaka hanya tinggal tangga. Terdapat laporan penemuan mayat mangsa banjir yang hanyut dibawa arus deras. Keadaan kelam kabut dan kucar kacir.

Di media sosial, rungutan netizen menghentam kerajaan berbondong-bondong melintasi garis masa. Pada kita, semoga kerajaan ambil kritikan netizen dan buatlah sehabis baik dalam memudahkan urusan mangsa banjir. 

(epilog)

Kita bawa anak-anak berjalan ke Nilai sehari sebelum berkhatan, bagaimanapun sampai di Kota Warisan kami diarahkan berpatah balik kerana banjir besar di sekitar Sepang. Kami sempat melihat keadaan perkampungan yang dinaiki air separas lutut. 

Anak-anak juga tertanya-tanya mengapa hujan lebat tanpa henti. Kita kalau nak jelaskan tentang kesan tempias taufan mungkin mereka tidak mengerti. Kita pun cakaplah pada anak, insya Allah cuaca akan okey lepas kamu bersunat nanti. 

Alhamdulillah selepas selesai bersunat, kita membaca berita memaklumkan angin taufan tersebut telah bergerak keluar dari semenanjung Malaysia dan menuju lautan. Syukur kepada Allah. Setelah beberapa hari tak nampak matahari, akhirnya cuaca siang terang benderang dan baju di jemuran pun kering.  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...