Isnin, 23 Mei 2022

Selamat Hari Raya


Muar: 1 Mei -- Pada tahun 2022, aku masih bersyukur dapat berpuasa penuh di sebalik kekurangan dan keletihan. Aku masih ingat 20 tahun lepas ketika itu bulan Ramadhan jatuh pada minggu peperiksaan SPM. Terus terang aku cakap, bila berpuasa aku terus out. Jadi aku tak terkejut bila keputusan peperiksaan keluar -- memang out lah kan. 

Pada 29 Ramadhan, kami dah mula bergerak balik kampung isteri di Muar. Kebiasaannya kami balik selepas 1 Syawal. Sesampainya di tempat makan dekat stesen bas Bentayan masa tu jam dah 7 malam. Ada 15 minit lagi sebelum berbuka. Makanan yang aku order pun tak sampai lagi. Jadi masa berbuka aku teguk air sajalah. Dah lewat sikit barulah nasi goreng aku sampai. Tengah-tengah makan tu tetiba aku dengar orang bising-bising esok raya! esok raya! Aku yang tengah makan ni terpinga-pinga. Rupa-rupanya pengumuman raya esok dah dibuat oleh penyimpan mohor raja-raja.

Jadi memang terkejutlah orang ramai sebab kalendar kuda tulis esok 30 Ramadhan. Dalam hingar bingar tu tetiba mercun merdeka diletupkan. Meriah memang meriah. Dalam letup-letup tu habis serbuk mercun masuk dalam nasi goreng aku. Ada la lagi suku pinggan yang aku belum habiskan. Memang tak boleh makanlah sebab serbuk sisa letupan tu banyak. Brader yang hantar makanan tu macam memahami aku dan dia pun cakap, "maaflah ya. orang excited tu. raya terkejut ni!"

Jadi, rancangan berpuasa sehari di kampung isteri berubah kepada raya raya rayaaaa, selamat hari rayaaa. Kami ucapkan kepada satu duniaaaa...... Malam tu orang semua panik merendang sakan. Pagi syawal, cuaca baik Alhamdulillah. Aku dan anak-anak pergi solat aidilfitri. Nasib baik masjid depan rumah kampung. Jalan sepuluh langkah dah sampai. 

Hari Raya ketiga, kami dah pun pulang ke Putra Perdana. Minggu raya tu semua kedai makan tutup. Betul-betul orang balas dendam raya sakan sebab 2 tahun tak beraya di kampung. Tambahan pula ada di kalangan kita yang dapat duit EPF RM10,000 memang diorang paling sakan lah. 

+++++++++++


Wangsa Maju, 18 Mei -- Pemilihan PKR berlangsung secara atas talian. Aku mengundi tak ikut cai. Aku pilih berdasarkan karakter calon, ada yang aku kenal baik dan pada aku mereka boleh pergi jauh. Dua-dua cai aku undi. Jawatan timbalan presiden aku undi Hj. Rafizi Ramli. Kenapa aku undi dia? Bagi peluang tengok apa dia boleh buat. Aku pun turut undi Amiruddin Shari dan Fahmi Fadzil untuk jawatan naib presiden. 

Keputusan dijangka keluar pada 29 Mei 2022. Siapa agaknya yang menang nanti ya? Sesuatu yang aku yakin adalah Azmee boleh menang insya Allah. 

+++++++++++


Ipoh, 17 Mei -- Perak FC akhirnya diambil alih oleh XOX Mobile. Pada 16 April 2022 masa puasa aku join group telegram Perak Fans United. Kami gotong royong kumpul duit untuk derma kat player/staf yang dah tak dapat gaji hampir 5 bulan. Alhamdulillah dapat kumpul RM46,000 untuk deme buat belanja raya. Fan Perak ni lain macam. Deme ada kelas. Team dah nak karam pun tetap sokong penuh. Solidariti penyokong Perak ni berjaya menarik perhatian kerajaan negeri untuk bagi bantuan RM50,000 dan seterusnya pada 29 April 2022 XOX Mobile bagi RM100,000 supaya mereka dapat beraya dengan penuh gembira. 


Aku mendoakan season depan Perak FC akan #bangkitsemula. Season ni janganlah mengada-ngada target itu ini. Realistik lah sikit. Bukan semua benda kita boleh susun dalam masa singkat ye dak? 




+++++++++++


Putra Perdana, 29 April 2022 -- Serentak dengan pengambilalihan XOX ke atas Perak FC, aku terus beli simkad OneXOX secara atas talian. Bukan setakat itu saja malahan aku terus daftar sebagai dealer OneXOX. Aku buat benda ni sebagai penghargaan dan terima kasih sebab sudi ambil alih Perak FC yang dah hampir musnah ni. Bukan senang nak selamatkan pasukan ni. Kalau ikut pertimbangan bisnes, aku yakin XOX takkan ambil alih Perak FC. Langkah mereka ni lebih kepada sentimen terhadap sejarah pasukan bola sepak ni yang dah 101 tahun bertahan di negara kita.

Aku tak pandai buat marketing nak jual simkad ni. Pengalaman buruk aku terutama ketika buat jualan simkad DiGi dan Altel dulu memang mengajar aku untuk tak terlibat dengan bisnes macam ni. Malahan guru perniagaan pernah berkata bila buat sesuatu benda yang sama dengan mengharapkan keputusan yang berbeza itulah tanda-tanda awal kebodohan. Aku faham tapi keputusan ni aku buat lebih kepada sentimen dan bukannya kerana aku nak berniaga sangat. Aku tahu aku tak pandai berniaga.

Bisnes Henpon dan Simkad DiGi tengah meriah pada tahun 2016

 
Zaman Jual Simkad dan Henpon DiGi

Takpelah aku cuba jual simkad ni mana tahu ada rezeki adalah kan.


++++++++++


21 Mei -- Akhirnya Perodua Viva 660cc telah dilepaskan dengan harga RM1,500. Alhamdulillah. Aku bukan jenis yang suka let go harta benda. Bagi aku, memiliki harta bukan perkara mudah. Jadi harta benda yang ada bukanlah untuk dijual begitu. Walau bagaimanapun, aku perlu terima hakikat telah tiba masanya aku lepaskan kereta yang dibeli pada 17 Ogos 2009 ini.

Aku masih ingat pada mulanya aku nak beli Kancil je. Kemudian wakil jurujual kereta merangkap member aku si Nora ni maklumkan Viva 660 dah keluar dan harganya pun sama macam Kancil. For sure lah aku pilih Viva sebab ruang kabinnya lebih besar dari Kancil. 

Biasalah dah lama guna aku memang merungut sikit kerana enjin 660 ni underpowered untuk cover berat kabin Viva. Dalam merungut tu pada aku okey je Viva ni dan aku ada rancang nak terus pakai untuk tempoh 2-3 tahun lagi. Tapi, aku tak boleh buat apa-apa bila hitung-hitung kos baik pulih kereta ni. Dah 246 ribu mileage, macam-macam kena buat. Antaranya kena tukar driveshaft, mounting + absorber, compressor aircond, re-wiring dan sebagainya. Kalau dah tukar semua tu, kena tengok komponen lain pulak. Aku rasa macam tak adil pula aku kena fikir semua ni.


Pada pendapat aku, enjin 659cc ni tak sesuai untuk reka bentuk muka bumi negara kita yang tak berapa nak rata ni. Kalau ada turbo insya Allah okay. Mungkin jurutera deme dah perasan benda ni sebab tu enjin Axia paling kecil pun sekarang adalah 997cc. So insya Allah ada rezeki replacement Viva akan keluar dalam masa terdekat. Aku minta Perodua Sales daftar nombor plat Perak. Ansuran bulanan Axia manual ni RM276 (Public Bank). Pada aku dah habis murah dah ni.

Okey tu je la aku nak rangkum dalam catatan kali ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 


Update: Inilah gambar-gambar kereta Viva yang telah di touch-up oleh syarikat used car sebelum dijual dengan harga RM7,900.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...