Setelah sebulan berpuasa, akhirnya sampailah ke hari raya aidilfitri. Alhamdulillah dikurniakan rezeki beraya di Muar dan Lenggong. Seperti biasa, pagi raya kami masih di Puchong. Selepas petang, barulah kami bertolak ke Muar. 2 hari di Muar memang penuh beraya. Saya mengambil kesempatan menziarahi kampung kakak ipar di Sri Medan, Batu Pahat. Kali terakhir saya datang ke sini adalah sewaktu mengiringi abang saya ke majlis pernikahannya 16 tahun lepas. Saya naik Axia sahaja kerana anak-anak lain boleh menumpang kereta bapa mertua. Adik ipar Wan pun sempat jumpa. Kebetulan dia baru balik baraan sekitar kampung. Baraan ni tradisi orang Jawa marhaban dan ziarah beramai-ramai dari rumah ke rumah. Dalam perjalanan datang pun beberapa kali juga kami beri laluan kepada kumpulan motor yang tengah baraan. Alhamdulillah tradisi ini masih ada. Harap kekal sampai bila-bila.
Selepas 2 hari di Muar, lewat malam barulah kami bertolak balik ke rumah. Kami tiba di Puchong pada jam 4 pagi Syawal 3. Jam 3 petang, kami memulakan perjalanan ke Lenggong melalui WCE ke Taiping Selatan. Kami menggunakan Exora kerana kereta bapa mertua masih lagi di Muar atas asbab mereka mahu menziarahi saudara mara yang lain.
Jam 9 malam sampai di Lenggong tetapi cabaran kami adalah untuk mendapatkan nasi. Kedai makan di Lenggong kabanyakannya masih ditutup. Nasib baik ada kedai western dan mamak. Bolehlah kami mengalas perut walaupun tak dapat makan nasi.
Esoknya barulah kami menziarahi mak dan bapa saudara. Alhamdulillah dapat bersua dengan semua orang di sana. Awalnya kami sampai rumah Pakcu tiada orang kerana dia pergi melawat Pakwa di Sungai Siput. Nasib baik Pakcu dan Pakngah balik awal dalam jam 2 petang. Sementara pakcu tiada kami beraya di Batu Puteri, rumah Mak Teh. Alhamdulillah Mak Teh ada dengan Cikgu Khairul sepupu saya. Isteri dia pun ada. Anaknya Fakhrul kini sedang belajar di UPSI -- dalam usaha menyambung legasi pendidik yang diwarisi ayah dan ibu. Kali terakhir saya jumpa Fakhrul adalah 6 tahun lepas pada usia dia 12 tahun. Ketika itu kami sempat main catur bersama. Tak sangka, sudah begitu lama saya tidak singgah di sini. Tau-tau dia dah tinggi lampai dah. Dah habis sekolah dah pun.
Mak Teh juga beritahu dia tidak tinggal di sini lagi. Dia tinggal dengan kak Ida di Teluk Intan kerana appointment doktor di Hospital Teluk Intan. Mak Teh sedang fasa pemulihan selepas serangan strok baru-baru ini.
Singgah di rumah Pakngah, angah sampai 4 pinggan makan menambah. Itulah angah kalau jumpa lauk yang dia suka memang dia akan pulun.
Dalam jam 6.30 petang barulah kami bertolak ke Ipoh untuk tidur semalam di Hotel Kinta Riverfront. Hari Jumaat baru pulang ke rumah.
Saya tak sempat singgah menziarahi mak saudara di Pondok Tanjung dan Teluk Intan. Saya mendoakan semoga semua sihat dan murah rezeki insya Allah.
![]() |
Bersama Mak Teh di Kg Batu Puteri |
![]() |
Menziarahi Pak Lang di Kg Chain. Rumah Pak Lang sebelah Warung Sedat je. |
![]() |
Bergambar kenangan di Homestay Laman Bonda. |
![]() |
Pagi Aidilfitri. Gambar kami berdua jarang diambil sebab ada je yang enterframe. |
![]() |
Persinggahan terakhir di Lenggong. Masjid Yahya Ubudiah Banggol Belimbing. |
![]() |
Pagi Raya kelima di Kinta Riverfront. Ipoh hujan pagi jumaat ni. |
![]() |
Hari Raya Kedua: Singgah ke Sri Medan. Sempat ziarah ibu bapa mertua Wan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan