Khamis, 17 Mac 2016

Perkhidmatan Awam

Susunan tertinggi Perkhidmatan Awam

1. Ketua Setiausaha Negara
2. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
4. Ketua Setiausaha Kementerian

(Kedudukan no. 2 dan no. 3 boleh berubah-ubah mengikut kekananan)

Suruhanjaya Perkhidmatan Di Malaysia

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
3. Majlis Angkatan Tentera
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Nota-nota lain

1. Cuti haji ikut tarikh flight.

2. Amaran Secara Pentadbiran

Soalan: Adakah Amaran Secara Pentadbiran adalah tindakan Tatatertib?

Amaran secara pentadbiran bukan tindakan tatatertib, namun perlu dimasukkan dalam fail jabatan.

3. Formula kiraan pencen.

1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang diambil kira X Gaji Akhir

Terhad kepada maksimum 3/5 daripada gaji akhir.

4. Pencen bukan pusaka

5. GCR + Ganjaran boleh dipusaka

6. Kiraan pencen berasaskan bahagian.

Contoh, pencen RM 9000, ada seorang isteri dan dua anak. Maka dikira 3 bahagian. Satu bahagian bersamaan RM3000.

Jika salah seorang anak itu telah mencapai usia melebihi 21 tahun, maka bahagian berkurang kepada 2. Satu bahagian bersamaan RM4500.

7. Formula kiraan ganjaran

7.5% X Jumlah Genap Bulan X Gaji Akhir Perkhidmatan

8. Kajian Kes

Surat Pertuduhan (2/1/2016)

Orang Kena Tuduh Terima Surat (4/1/2016)

Surat Pembelaan Diri (15/1/2016)

Lembaga Tatatertib  hukum buang kerja (17/1/2016)

Hukuman buang kerja adalah tidak sah kerana 

a. Tidak cukup 30 hari. OKT boleh menulis surat pembelaan yang lain.

b. Tiada pemakluman keputusan Lembaga Tatatertib kepada OKT.

Soalan:
Bolehkah surat pertuduhan dikeluarkan ketika pegawai sedang menghabiskan cuti sebelum bersara?

Boleh. Surat pencen akan ditahan sehingga jatuh hukum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...