![]() |
Borang pencalonan telah diisi. Pencalonan telah dihantar pada 29 Julai 2018 di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru |
Terima mesej daripada Cabang, "kau masih setia pada pasukan?"
Ya. Semestinya. Aku rasa hidup aku memang setia dengan kawan-kawan. Aku tidak membelot, dan tidak berminat untuk membelot. Ini aku nyatakan pada waktu menjelang pemilihan. Selepas pemilihan nanti sesiapa pun bebas nak pergi mana.
Cuma, aku bukan orang yang berduit, jadi aku tak ramai kawan. Walaupun kawan sikit, rata-ratanya berkualiti tinggi sebab kita berkawan bukan kerana wang atau pengaruh.
Bertanding mempertahankan jawatan yang aku sandang selepas menang tanpa bertanding pada tahun 2014 sebenarnya sukar. Kalau dahulu ahli AMK setakat 150 sahaja, kali ini SERIBU lebih anggota akan memilih secara e-voting September 2018 ini.
Menjelang tahun 2018, PKR telah menjadi tumpuan bagi mereka yang tidak sehaluan dengan BN. Kemasukan beramai-ramai ini membolehkan Keadilan Wangsa Maju menambah jumlah keahlian dari 1500 anggota kepada hampir 4,000 anggota.
Sama ada aku menang atau kalah, adatlah. Calon lain pun sama-sama dalam parti. Pada aku okey aje.
Cuma suasana kali ini sangat panas. Maklumlah dah jadi parti pemerintah. Dulu ada 2 kem je masa pemilihan cabang. Khabarnya kali ini 5 kem dah ada line-up masing-masing.
Memang sengitlah kan. Siapa pandai runding, dia boleh menang.
Tapi firasat aku, itulah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan