Khamis, 13 Jun 2019

Jelajah Ziarah Kasih Syawal

Syukur Alhamdulillah Hari Raya kali ini saya dapat pulang ke kampung halaman di Lenggong, Perak. Pada hari raya keempat saya memulakan perjalanan ke utara selepas selesai beraya di Muar, Johor. Secara keseluruhan saya telah memandu sejauh 540 KM sehingga sampai ke Sungai Limau, Yan, Kedah. 

Pagi Syawal, Safwan memohon ampun kepada abangnya Adam

Raya di Parit Nawi, Muar Johor. Ritual makan asam pedas terbaik sepanjang hidup saya setakat ini

Perjalanan saya melalui tol Lebuhraya Utara Selatan sehingga sampai ke persimpangan Sungkai dengan jarak 150 KM. Saya mengikut jalan lama dari Sungkai melalui pekan-pekan kecil sehingga sampai ke Lenggong sejauh 160 KM. Kami telah menempah homestay di pekan Lenggong memandangkan anak-anak yang ramai perlukan sedikit keselesaan selain menjamin ketenangan di rumah Pakcu daripada bising-bising askar kecil terutamanya ketika waktu malam. Untuk masa akan datang mungkin saya perlu dapatkan homestay yang lebih hampir. Walau bagaimanapun, homestay di Lenggong itu sangat sesuai memandangkan ia terletak berhampiran kawasan rehat dan rawat Dataran Lenggong. Di situ ada kedai-kedai makanan dan untuk musim raya ini ada Ekspo Jualan. Meriah dan memudahkan. 


Homestay Laman Bonda, Dataran Lenggong indah dan permai

Musim hujan menyebabkan pergerakan kami terbatas. Rancangan ziarah rumah Pakwa Leh di Sungai Siput terpaksa dibatalkan. Sempatlah kami pergi ke Lata Mat Ladi mandi-manda sambil bersantai bersama keluarga. Namun demikian budak-budak hanya mandi sekejap sebab airnya dingin.

Makteh memberitahu Makngah di Pondok Tanjung baru sembuh dari pembedahan kepala. Saya membawa keluarga ke sana untuk menziarahi beliau. Pertemuan agak emosi kerana kali terakhir saya bertemu Makngah adalah pada tahun 2013, 6 tahun dahulu. Cuma saya sedikit terkilan tidak dapat menziarahi Paksu yang uzur di Butterworth sebab kami perlu bergerak ke Sungai Limau. Perjalanan mengikut jalan lama sedikit meletihkan namun bagi saya pengalaman memandu seperti ini jarang-jarang saya dapat. 

Mikayla dan kucing kampung 
Rumah Makngah kakak kepada arwah abah di Pondok Tanjung, Taiping

Pagi di Sungai Limau, Yan.

Syukur dapat jumpa pakngah, paklang, opah, pakcu, kak ita (sekejap je sempat jumpa), makteh, makngah dan kak shikin (pun sekejap je sebab dia dah bekerja). Terima kasih dengan bantuan sahabat handai yang sudi bagi duit raya untuk digunakan sepanjang jelajah raya kali ini. Akhirnya saya merasa juga memandu jauh ke desa demi menyambung silaturrahim. Alhamdulillah. 


Buat bising di depan rumah Paklang di Kampung Chain
Lalu jalan lama jumpa roti cheese nan viral di Tapah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...