Tahun ini saya menyusun kembali kewangan saya yang kacau bilau. Keadaan lintang pukang dalam kewangan ini terjadi kerana hutang-hutang pendidikan dan koperasi yang terpaksa saya ambil ketika keadaan mendesak satu masa dahulu.
Saya memulakan langkah dengan menyusun PTPTN terlebih dahulu. Selama ini PTPTN saya dipotong setiap bulan tetapi masih mengikut perjanjian lama. Ertinya meskipun saya bayar tetapi rekod CCRIS saya sangat buruk. Selepas penstrukturan semula perjanjian menggunakan terma ujrah, barulah saya dapat mengurangkan ansuran bulanan sehingga buat pertama kalinya gaji bersih saya mencapai tahap 40% selepas sekian lama.
Menyelesaikan PTPTN adalah sangat penting kerana itu saya letak sebagai agenda pertama saya. Adalah merugikan jika saya memasukkan PTPTN dalam program penyatuan hutang kerana kadar bank jauh lebih tinggi berbanding kadar ujrah 1.0% atas baki berkurangan.
Selepas selesai PTPTN, barulah saya pergi ke RHB untuk menyatukan hutang piutang koperasi. Dengan melangsaikan hutang koperasi, saya dapat menjimatkan sebanyak RM50 potongan bulanan dengan extra RM10,000 dalam tangan. Saya mengambil kesempatan untuk melangsaikan hutang kereta Perodua Viva yang dibeli sedekad lalu.
Langkah yang telah saya buat ini membolehkan baki gaji bersih saya adalah 42% berbanding hutang 58%. Paling penting rekod CCRIS saya okay berbanding sebelum ini.
daripada score teruk kini Alhamdulillah ok lah. |
Saya harap keadaan kewangan saya semakin baik untuk tahun-tahun seterusnya insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan