Saya berharap saya dapat bertugas dengan lebih baik dan semoga segala urusan dipermudahkan. Terima kasih banyak-banyak KPLB.
APC KPLB anjuran PSM berlangsung di Hotel Zenith. Mula-mula saya parking kereta jauh berhampiran seberang jalan ke Mekdi. Selesai rehearsal saya pindah parking berhampiran Zenith. Nasib baik kadarnya rendah selepas waktu pejabat iaitu RM3 flat rate.
Saya tidaklah melaram bergambar sangat. Mood saya terjejas juga apabila melihat paparan gambar arwah Kak Zu di layan lebar. Saya pernah sertai Kak Zu naik bas dari KL ke Putrajaya suatu ketika dahulu. Arwah berulang alik naik bas saban hari walaupun kereta ada di pejabat. Kak Zu pernah beritahu dia tak larat memandu menempuh jem. Naik bas lebih baik.
Ketika naik pentas, Menteri mengucapkan tahniah kepada saya, sambil berjenaka mengatakan "ini audit, orang takut dia ni. Congratulations." Dalam masa kurang 10 saat tak banyak boleh saya cakap kepadanya melainkan Terima kasih Dato','Berilmu untuk berjasa'. Sejujurnya saya puas hati bila tengok reaksi terkejutnya. Haha.
Sementara itu, pasukan saya sedang menghabiskan tugasan mereka di Sabah.
Dan Ramadhan semakin hampir.......
Selamat berpuasa buat teman-temanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan