Alhamdulillah akhirnya selesai sudah ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Tahun ini, saya bersyukur kerana masih dikurniakan dengan kesihatan untuk meneruskan ibadah ini. Syawal disambut dengan sederhana namun tetap meriah meskipun kita tidak dibenarkan merentas negeri. Malam raya berdentam dentum mercun di sana sini. Mat rempit juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan deruman enjin motosikal sehingga polis datang menyuraikan mereka.
Saya teringat kampung halaman saya di Lenggong. Saya teringat kepada pakcu dan pakcik makcik yang lain. Saya mahu menziarahi pusara opah di belakang Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing. Saya juga mahu menziarahi pusara abah di Manong, Kuala Kangsar. Saya memberitahu isteri saya, simpanlah duit lebih manalah tahu jika dibenarkan balik kampung nanti, kita baliklah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan