Anak sulong dah pun meningkat usianya dan masuk darjah satu. Memandangkan dia dari tadika mandarin maka diusahakanlah pendaftaran di sekolah rendah cina. Pada mulanya, permohonan ke SJK Sin Ming di Ayer Hitam, Puchong ditolak disebabkan kuota telah penuh. PPD memberikan opsyen kedua iaitu SJKC Dengkil. Goyang juga waktu tu memikirkan jarak SJKC Dengkil dengan rumah adalah 21KM. Dua puluh satu kilometer. Kalau masuk Sekolah Kebangsaan mudahlah cuma 1KM daripada rumah.
![]() |
Senator Ah Chong tengah bagi Angpau sempena perasmian SJKC Union pada 01.03.2018. Gambar ihsan The Star. |
Saya pun merayulah kepada PPD sebab jarak 21KM. Saya bernasib baik kerana SJKC Union akan beroperasi pada 1 Mac 2018. PPD meminta saya bersabar untuk 2 bulan sebelum penempatan semula dibuat. Ya, setiap hari selama 2 bulan itu saya gigih merempuh 42KM pergi balik ke sekolah. Pagi memang kena bangun awal lah jam 5 pagi dah bangun.
Akhirnya SJKC Union pun memulakan hari pertamanya pada pagi 1 Mac 2018. Timbalan Menteri, Ah Chong merupakan tetamu rasmi pagi itu. (Nota: Beliau tewas kepada DAP pada PRU-14). Apa yang uniknya sekolah ini merupakan sekolah wawasan pertama yang wujud di Malaysia pada tahun 1952 yang menghimpunkan murid melayu, cina dan india yang tinggal di Ulu Sepetang, Taiping di bawah satu bumbung. Walau bagaimanapun, kemunduran kawasan Ulu Sepetang kesan daripada penghijrahan keluar penduduk ke bandar-bandar lain memaksa pihak pengurusan memindahkan operasi sekolah ke tempat lain dan dengan izin Tuhan, seorang pemaju perumahan telah sudi memperuntukkan sebidang tanah di Cyberjaya bagi tujuan pembangunan sekolah baru.
Untuk rekod, pada tahun 2013 sewaktu sekolah ini masih beroperasi di Taiping jumlah pelajar hanyalah 4 orang.
1 Mac 2018, sejarah tercipta. Sekolah di bangunan baru, dan si sulong itu tanpa sedar telah menjadi sebahagian dari sejarah sekolah itu.
assalam,
BalasPadamterima kasih untuk perkongsian ini.agak susah untuk saya mencari maklumat bekenaan sjkc union memandangkan sekolah baru. saya ada plan untuk hantar anak saya di sjkc union kelak, jika tak keberatan, boleh share sedikit tips dan info untuk saya. saya tinggal di putrajaya dan anak saya akan mula ber tadika cina pada tahun 2021 ( 5 years). thanks ya.
salam. sekolah ni baru lagi di hujung cyberjaya berhampiran Prima / Lakefront. Cikgu di sini komited dan cuba bantu murid terutamanya non mandarin speaker. sekolah cuma ada satu sesi pagi sahaja.
BalasPadam