Isnin, 6 Februari 2023

Hari terakhir 2022

 

.




Hujung tahun Ain nak jalan jalan. Sebab Ain dah 44 hari duduk berpantang di rumah. Aku pun dah lama tak pergi mana-mana. Maka hujung tahun itu bermulalah musafir kami ke Alor Setar. Selain singgah di kedai-kedai makan yang sedap-sedap belaka, aku suka jalan ke Pekan Rabu. Aku suka suasana jualan di situ walaupun agak old skool.

Selesai berjalan di Alor Setar kami singgah ke kampung biras aku di Sungai Limau. Lepas makan tengahari kami beransur pula ke Merbok, Sungai Petani. Aku teringin nak makan atas laut hahaha. Tempat ni pegawai KEDA yang tunjukkan tahun 2018 dulu. Jadi, aku memang ada niat nak datang lagi. Port makan ni kat hujung dunia. Jalan pun ngam-ngam muat kereta. Alhamdulillah murah rezeki dapat datang sini. 

Yang spoilnya sebab aku datang lambat jadi lauk dah sejuk. Tapi tiram dia aku makan mentah-mentah. Letak lemon je. 

Selesai makan di Merbok, aku terus shoot ke Ipoh. Esoknya pulak aku bawa anak-anak mandi manda di private waterfall kami di Lenggong. fuh..... private waterfall hahaha. 

Kawasan kampung kami di hulu Perak banyak lata / air terjun yang orang luar tak tau. Eloklah kekal macam tu. Takkan semua benda nak viral. 

Duit pun dah habis, jadi kami pulang ke ibu kota esok harinya 31 Disember 2022. Menjelang 1 Januari 2023, aku pun terbaring kat rumah. Apa boleh buat badan aku tak lasak mana. Bawa kereta jauh sikit pun dah mula lengah lenguh. 

Aku puas hati dapat tunjuk kat anak-anak tempat makan kat Merbok. Baru diorang tahu ada je restoran terapung yang sajikan makanan segar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...