Isnin, 28 Mac 2016

Episod Akhir: Nasihat Pengarah Akademi Audit Negara

1. Penyediaan Memorandum Rancangan Audit SANGAT PENTING.

2. Kerja juruaudit perlukan minat.

3. Hendak menjadi juruaudit yang bagus, kenali persekitaran organisasi anda.

4. Dalami Akta Tatacara Kewangan, Akta Audit, Perlembagaan Persekutuan, 1PP dan Arahan Perbendaharaan.

5. Mahir financial control, baru buat prestasi.

6. Jangan takut pindah.

7. Jadi juruaudit tugas mulia. 

(Sekian catatan saya sepanjang berkursus. Kalau ikutkan ada lagi nota-nota yang saya tidak susun di dalam blog ini kerana saya dapati kandungannya lebih kurang sama dengan nota-nota yang sedia ada. Terdapat juga maklumat yang bersifat teknikal dan memerlukan huraian lebih lanjut bagi menjelaskan maksud pengajar. Terima kasih kerana membaca! Sekiranya bermanfaat, sebarkan untuk sahabat semuanya. Sekian, TAMAT....)

Penulisan Laporan Audit

1. Laporan audit merupakan komunikasi di antara Juruaudit dengan pihak berkaitan seperti berikut:

a. Dewan Undangan Negeri
b. Parlimen
c. Orang Awam
d. Pentadbiran Awam

2. Laporan audit perlu dibuat dengan SEMPURNA.

3. Juruaudit hendaklah menulis apa yang diketahuinya, isu-isu penting dan bukti audit (jangan ikut andaian)

4. Jadual bermaksud benda yang sama tetapi banyak jenis laporan. Setakat 2 item tidak perlu jadual. 

5. Jadual dibuat untuk dianalisis.

6. Isu yang paling material perlu di berada di perenggan utama dan apa yang patut dilaporkan.

7. Laporan perlu time frame.

8. Penemuan audit meyakinkan.

9. Laporan saksama bermaksud tunggu penjelasan auditi sehingga berpuas hati. 

Apakah maksud kriteria?

a. Garis panduan / undang-undang
b. 1PP / Pekeliling
c. Arahan Kerja
d. Term of Reference (TOR)

Apakah maksud condition?

a. Apa yang berlaku SEMASA diaudit?

Apakah maksud cause?

Apa sebab berlakunya keadaan SEMASA diaudit?

Apakah maksud effect?

Kesan kepada sebab / punca

Akhirnya, berikan syor (Recommendation)

SOALAN : Apakah yang akan berlaku sekiranya TERM OF REFERENCE bermasalah?

JAWAPAN : Kuiri TOR guna 3C 1E 1R 

10. Ringkasan Eksekutif dibuat untuk bos - bos. Hanya highlight isu material.

11. Laporan hasil auditan dalam bentuk membina.

12. Perbandingan antara ayat buruk vs ayat baik.

a. Ayat Buruk - Banyak kelemahan bla bla bla kelemahan bla bla bla

b. Ayat Baik - Banyak ruang untuk dibuat penambahbaikan, oleh itu KSU hendaklah bla bla bla.

13. Kalau nak bagi cadangan / syor, berikan caadangan mengikut sumber organisasi. 

Sumber Organisasi:-

1. Manusia
2. Machine
3. Metadologi
4. Material
5. Money

ISI KANDUNGAN LAPORAN

1. Mudah difahami dan jelas (antara 20 - 25 patah perkataan) satu ayat.

2. Bukti sahih dan sumber yang dipercayai

3. Jangan tulis perkara yang tiada kena mengena dengan isu.

4. Melapor secara bebas.

5. Bagi pendapat membina

CIRI - CIRI Laporan Baik

1. Penerimaan umum (Acceptability)
2. Pasaran (Marketadbility)

PRINSIP PELAPORAN AUDIT :: CORRECT ::

1. Credibility (Kebolehpercayaan)
2. Objectivity (Matlamat)
3. Readability (Mudah dibaca)
4. Relevancy (Berkaitan)
5. Eliminatory (Penapisan) - Exit Conference
6. Completeness (Lengkap)
7. Timeliness (Menepati Masa)

METADOLOGI AUDIT

1. Semakan rekod
2. Temubual
3. Lawatan fizikal
4. Pengesahan pihak ketiga - Bank, LHDN, Jabatan Tanah, Jabatan Kimia
5. Analisis data
6. Soal selidik
7. Sampling -- Bukan kerja auditor semak 100%. Pihak pentadbir sepatutnya semak 100%. Sampling berdasarkan materiality level dan dibuat untuk mengenalpasti tahap kawalan dalaman.

Isu remeh tolak tepi. 

TATABAHASA AUDIT YANG BETUL

dikemaskinikan
dikemas kini
dikenalpastikan
dikenal pasti
dikemukakan
diperanakan
mematuhi
memastikan

dari -- arah dan tempat
daripada -- Sufi Afendi, plastik (sifat), perbandingan

adalah -- sambungan ... untuk, seperti, bagi
ialah -- Puan Akma ialah Pengarah Akademi Audit Negara

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas......

Jangan mulakan ayat dengan perkataan DEMIKIAN.

Gunakan kata aktif (ayat bangun buat) contoh SAYA MAIN BOLA. Elakkan guna ayat pasif BOLA ITU DIMAINKAN OLEH SAYA.

Ayat yang betul .... menjalankan pengauditan atau melaksanakan pengauditan.

RUMUSAN

Laporan Audit perlu dibuat dengan teliti, sempurna bagi menghasilkan laporan yang berkualiti


Khamis, 24 Mac 2016

Pengauditan ICT

1. Kita perlu memahami ICT sebelum mengaudit

2. Kita sangat kurang mementingkan perisian dalam laptop, tetapi seronok membeli laptop.

3. Kalau projek pembangunan, boleh nampak gajah putih kalau gagal. Tetapi kalau pembangunan sistem gagal, tak nampak gajah putih. Siapa pun tak tahu.

4. Pernah jadi kes, projek siap 95%, kemudian vendor minta tambahan duit tetapi kerajaan tidak bersetuju. Akhirnya projek tidak disiapkan. 

Kesan Perkomputeran

1. Kawalan dalaman terjejas

2. Pindahan data secara tidak sah.

3. Hilang jejak manusia.

4. Perubahan bukti audit.

Contoh isu kawalan dalaman sistem, cukai minimum RM50, ada tak orang kurang bayar RM50? 

Pengauditan Badan Berkanun

1. Bank Rakyat melantik Jabatan Audit Negara sebagai Juruaudit.

Jenis-jenis audit

1. Accountability Index
2. Pengesahan Penyata Kewangan
3. Audit Prestasi
4. Pengauditan Syarikat Subsidiari

2. Dalam mesyuarat Board of Director / Jawankuasa Audit - Audit akan bertanya, "to the best of your knowledge, ada tak kes-kes fraud, misuse?"

3. Tingkatkan sampel audit pada area yang berisiko, walaupun tujuan audit bukan ke arah mencari unsur fraud.

Risk area

1. Plan based on risk area. Perolehan
2. Baca minit mesyuarat company / pejabat

Subsequent event

Peristiwa yang ada impact pada laporan kewangan. Penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 20X1, syarikat umum dividen bayar pada 1 Februari 20X2. Perlu nyatakan dalam notes to the account.

Isu Tabung Haji

Reserve negatif sebab figure consolidated. JAN telah menyemak akaun TH dan mendapati TH untung RM 3 Billion. Keuntungan boleh digunakan untuk membayar dividen. JAN berpendapat TH mampu bayar dividen.

Pengauditan perlu konsisten (selari) dengan prinsip prudence (berhemah)

Fakta

BBP + Kumpulan Wang = 139
BBN + Kumpulan Wang = 149
MAI + 2 Badan = 16

Jumlah = 304 (Nombor bilik penghulu Zakri)

Firma Audit Swasta

1. JAN akan semak kertas kerja.
2. FAS berdaftar dengan MOF
3. FAS perlu mengemukakan MRA kepada JAN
4. Pemilihan FAS melalui proses perolehan.
5. JAN akan menentukan laporan yang perlu disediakan FAS

Sijil Tanpa Teguran Emphasis of Matter

1. Teguran tetapi tidak jejaskan penyata kewangan.

SOALAN
Ketika menjalankan pengauditan, audit committee mendapati terdapat keperluan melaksanakan forensic accounting. Bolehkah KAN memberi arahan menjalankan analisis fraud / forensic?

JAWAPAN
Special arahan daripada KAN untuk menjalankan analisis fraud tetapi analisis itu tidak bertujuan mengesan fraud (siasatan ke arah pendakwaan). Biasanya audit committee akan lantik Big 4.

SOALAN IZWAN
Materiality, bagaimana menentukan materiality level? Based on asset? Based on income? Based on average? Look at dividend? (Soalan ini turut ditanya dalam sesi Puan Fatiha Ainie.)

JAWAPAN
Saya tak ingat. Huhu. Kalau tanya saya, saya jawab based on fifty four, or higher. 


Kajian Audit & Bukti Audit

1. Garis panduan prestasi berpaksikan kepada perkara berikut:-

a. Efficiency
b. Effectiveness
c. Economy (Berbaloi ke?)

2. Contoh, melabur rumah RM900,000 dapat rumah 22 X 75 di Shah Alam. Berbaloi ke?

3. Rujuk kepada ISSAI 3000-3100 Pengauditan Prestasi.

4. Ekonomi (Jimat, Untung) -> Pembaziran (Kuantiti, Kualiti)

5. Jangan buat laporan yang tidak mendalam kerana orang boleh argue hasil kajian.

6. Kajian memerlukan pemikiran kritis.

Compliance -> Bekal barang berharga RM 2 juta pada harga RM 3 juta.


Performance -> RM 3 juta terpaksa dibelanjakan untuk peralatan berharga RM 2 juta. Semakan audit selanjutnya mendapati perbelanjaan tersebut tidak ekonomi.


Efisyen -> Sesuatu kerja yang sepatutnya boleh dibereskan oleh 2 orang, tetapi pejabat menggunakan 5 orang.

7. Bila balik pejabat jangan buat laporan compliance untuk laporan prestasi.

8. Performance is beyond compliance. Tidak semua pematuhan menyumbang kepada economic value.

Contoh, semua peraturan dipatuhi, namun semakan audit mendapati tidak ekonomi. Contoh, pegawai punch card awal, tapi kerjanya tidur.

Templat kajian

Criteria (a) :: Condition (b) :: Fakta audit (b vs a) :: Sebab :: Sumber bukti :: Teknik Audit :: Ulasan

Bukti Audit

1. Gambar
2. Barangan Fizikal (Cash)
3. Testimoni kenyataan saksi
4. Interview
5. SMS / Emel / Media Sosial
6. Analytical Evidence
7. Data / computer generated evidence (ACL)
8. Dokumen Asli
9. Kajian 3rd party / pakar
10. Video
11. Audio

Chain of Custody (bukti ini siapa punya?)

1. Direct evidence
2. Indirect evidence
3. Circumstancial evidence

Kaedah temuduga

1. Rekod kenyataan
2. Video
3. Survey
4. Questionnaire

Corroborative evidence (kumpulkan bukti-bukti)

Perlu citation / quote / reference / recognition. Contoh, Jabatan Kimia telah membuat analisa DNA "sampel ini milik Y"

Physical Evidence perlu disemak rapi. Contoh, setiap hari Y membawa kereta mewah Lexus. Belum tentu Lexus itu milik Y, perlu third party confirmation seperti semakan data JPJ.

Bagi kes yang berat, ambil dokumen asal, fotostat bagi auditi

Evidence

1. Sufficiency of Evidence
2. Relevancy of Evidence

Third party lebih dipercayai daripada internal. (Kebolehpercayaan bukti)

Rujukan bukti silang dalam kertas kerja audit.

SOALAN
Dokumen DDMS (Softcopy surat tanpa sign) boleh jadi bukti?


JAWAPAN
Boleh dengan syarat wujud Chain of Custody.

Selasa, 22 Mac 2016

ISSAI

1. ISSAI bermaksud International Standard of Supreme Audit Institution.

2. Sesetengah negara mengamalkan cash modified, manakala yang lain guna accrual. Ada negara yang mengamalkan kedua-dua sekali.

3. ISSAI SET STANDARD
1. Credibility
2. Quality
3. Professionalism

4. RANGKA KERJA ISSAI

Lima Declaration - Prinsip asas 
Mexico Declaration - Prasyarat SAI berfungsi iaitu KEBEBASAN.

5. Semangat ISSAI selari dengan Accountability Index Jabatan Audit Negara

6. Standard ISSAI adalah general, dan kita sesuaikan mengikut keperluan seperti Memorandum Rancangan Audit.

7. Kriteria kuiri audit mestilah relevan, lengkap, material dan dipercayai.

8. Ada 10 baucar, 9 baucar bernilai RM2 juta lengkap dengan dokumen sokongan dan mematuhi semua peraturan. Namun, terdapat 1 baucar bernilai RM4 juta tidak lengkap dan terdapat unsur improper payment. 9 daripada 10 baucar lengkap, hanya 1 yang tidak lengkap, bagus atau tidak?

Tidak bagus kerana amaun 1 baucar itu adalah material.




Jumaat, 18 Mac 2016

Amanat Ketua Audit Negara Malaysia

Untuk menjadi Juruaudit yang berjaya di masa hadapan, perlu ada perubahan

1. SIKAP
Rajin membaca dan belajar

2. SKIL
Kemahiran melaksanakan pengauditan
Kemahiran Bahasa Inggeris untuk melaksanakan tugasan internasional (ASOSAI)

3. KOMPETENSI
Why not ambil ACCA? Ramai orang gagal tapi ramai juga yang berjaya. 

4. INTEGRITI
Amanah dalam melaksanakan tugas.

Tan Sri Ambrin Buang
Pejabat Ketua Audit Negara
22 Februari 2016

Pengetahuan Asas Audit

1. Selepas tahun 1986, kuasa pelantikan pegawai di Jabatan Audit Negara telah bertukar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

2. Accrual accounting tidak dilaksanakan lagi kerana data pengumpulan aset sedang dikemaskini bagi mengimbangi liabiliti RM847 Billion.

3. Dalami kuasa Ketua Audit Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Perkara 105 - Pelantikan KAN
Perkara 106 - Gaji KAN
Perkara 107 - Apa yang KAN perlu buat.

4. Dalami perkara 96 - 112 Perlembagaan Persekutuan

5. 3P (Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan) > 3E (Ekonomi, Efficiency, Effectiveness) > 3P (Pembaziran, Pemborosan, Penyelewengan)

6. 3C 1E (Criteria - Apa yang sepatutnya? Condition - Apa yang berlaku? Causes - Apa sebabnya? Effect - Apa kesannya?)

7. Apakah maksud isu? Isu bermaksud Criteria <> Condition

Contoh isu: Akta suruh kutip RM3,000, tapi kutip RM2,000. 

8. Sekiranya Criteria = Condition, bukan isu

Contoh bukan isu: Akta suruh kutip RM3,000 dan pegawai memang kutip RM3,000.

9. Isu kewangan melibatkan Omission dan Error.

Soalan:

Adakah projek penurapan Jalan Kampung A dan Jalan Kampung B (kampung sebelah menyebelah) dianggap sebagai Pecahan Kecil?

Jawapan: 

Tidak jika Jalan A dan Jalan B berbeza.

Ya jika Jalan A bersambung dengan Jalan B.

Laporan Yang Berkualiti

a. Laporan yang berkualiti adalah:-

1. Laporan yang baik.
2. Ayat yang tersusun.
3. Gambar yang tepat
4. Fakta yang tepat.

b. Kesimpulannya, laporan yang berkualiti adalah laporan yang tidak boleh dipertikai.

c. Auditor bukan penjual setem. Auditor perlu tanya kenapa? kenapa? kenapa?

Penjual setem, apabila menjual dia tidak akan bertanya apa-apa, contoh, pelanggan ingin 8 keping setem 50 sen, dia akan terus mengikut kemahuan pelanggan tanpa bertanya kenapa tak beli setem RM1? 

d. Baca undang-undang perlu rujukan kepada akta-akta lain. Contoh, baca Akta 62 kena rujuk Akta 61, 1PP, Perlembagaan Persekutuan, Akta 240.

e. When you say something, you must have confidence.

f. Hafal Kod SODO (Standard Object Detailed Object) seperti contoh di bawah. 

10000 EMOLUMEN
Objek Am ini hanya boleh digunakan untuk merekod bayaran kepada kakitangan yang memegang jawatan tetap (established post) sahaja.

20000 PERKHIDMATAN DAN BEKALAN
Objek Am ini bertujuan merekodkan semua perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang dibeli termasuk bayaran-bayaran kepada penyandang ‘non- establised posts’.

30000 ASET
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan untuk mendapat semua jenis aset termasuk harta modal, pelaburan, binatang untuk tujuan ternakan dan keselamatan, pokok dan benih untuk tujuan tanaman.

Objek Am ini juga merekodkan pebelanjaan pembaikan besar ke atas harta-harta modal. Definisi pembaikan besar adalah sesuatu pindaan, sama ada secara struktural atau tidak serta sesuatu tambahan atau pembaharuan yang dibuat kepada aset yang sedia ada yang menambahkan nilai dan mutunya. Contoh contoh pembaikan besar ialah ‘extensions and renovations of buildings’ dan ‘overhauling of cars’.

40000 PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP
Objek Am ini merekodkan semua perbelanjaan dalam bentuk pemberian atau bantuan, bayaran berkenaan dengan hutang negara, pencen dan ganjaran kakitangan dan tuntutan insurans dan pampasan.

50000 PERBELANJAAN-PERBELANJAAN LAIN
Objek Sebagai ini merekodkan bayaran-bayaran selain daripada emolumen, perkhidmatan dan bekalan, perolehan aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Bayaran-bayaran yang boleh direkodkan di bawah Objek Sebagai ini ialah:-
51100 Pulangan Balik
51200 Hapus Kira
52100 Yuran
52900 Cukai dan Pelbagai

60000 HASIL CUKAI
Objek Am ini merekodkan semua kutipan hasil berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan ke atas harta, pendapatan, jualan, impot, eksport dan sebagainya.

70000 HASIL BUKAN CUKAI
Objek Am ini merekodkan terimaan hasil-hasil bukan cukai.

80000 PELBAGAI TERIMAAN
Objek Am ini merekodkan terimaan pulangan balik perbelanjaan dan terimaan daripada agensi-agensi kerajaan.

90000 HASIL WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN
Objek Am ini merekodkan semua jenis hasil yang dipungut oleh atau bagi pihak Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(Hanya Kod Objek Am sahaja dikongsi dalam kiriman blog ini).

g. Kena baca, kena kenal tajuk kajian. Tak baca, macam mana nak komen?

h. Sentiasa bertanya BETUL KE NI?

i. Bajet adalah KITAB.

j. Ketua Audit Negara BUKAN pegawai awam, tetapi DISIFATKAN sebagai pegawai awam.

k. Contoh Kumpulan Wang Diasingkan adalah pungutan zakat Majlis Agama Islam.

l. Seksyen 8(3) Akta Audit Negara 1957 (Akta 62) menerangkan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi auditi mendedahkan maklumat sulit kepada auditor (dalam hal tersebut sahaja).


Khamis, 17 Mac 2016

Pesanan Pengarah Akademi

1. Auditing bermaksud proses penyediaan laporan audit.

2. Sebelum melaksanakan audit, mesti dapatkan MANDAT terlebih dahulu.

3. Mahirkan diri dengan fakta, contoh fakta adalah seperti berikut:-

FEDERAL

25 Kementerian
102 Jabatan
36 GLC

NEGERI

13 Negeri
15 Majlis Agama Islam
147 Pihak Berkuasa Tempatan
141 Badan Berkanun Negeri

BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

115 BBP
11 Kumpulan Wang
20++ IPTA
112 Anak Syarikat

4. Auditor mesti One Step Ahead (Sentiasa Mendahului)

5. Mahirkan dahulu Pengurusan Kewangan (AI)

6. Prinsip Auditor

Kebenaran
Cari bukti yang lengkap

Keadilan
Bagi tempoh yang mencukupi kepada auditi untuk menjawab kuiri audit

Soalan: Dalam kajian audit, bolehkah kita menukar skop kajian apabila terdapat maklumat baru ditemui?

Jawapan: Boleh

Isu Ancaman Keselamatan & Rasuah

1. Subversif
Hasutan dan provokasi bertujuan menjatuhkan kerajaan

2. Espionaj
Pengintipan untuk dapatkan maklumat terperingkat
"Knowledge is power"

3. Sabotaj
Perbuatan mendatangkan kerosakan secara fizikal

4. Kelemahan manusia

5. Ancaman pelampau

6. Ancaman Siber

Jenis-jenis perlindungan

1. Delay (melewatkan / menangguhkan / menghalang) 

2. Detection

3. Deterrence (Pencegahan)

4. Response

Apakah integriti?

Dalam bahasa mudahnya, integriti bermaksud akhlak dan nilai positif yang sepatutnya ada.

Soalan
Apakah kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat daripada auditi (ketika sesi temubual)?

Jawapan
SPRM mengamalkan Peace Model

Planning
Engage (Entrance)
Account (Biar auditi bercerita terlebih dahulu)
Cross (Counter dengan evidence)
Exit


Perkhidmatan Awam

Susunan tertinggi Perkhidmatan Awam

1. Ketua Setiausaha Negara
2. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
4. Ketua Setiausaha Kementerian

(Kedudukan no. 2 dan no. 3 boleh berubah-ubah mengikut kekananan)

Suruhanjaya Perkhidmatan Di Malaysia

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
3. Majlis Angkatan Tentera
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman
5. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Nota-nota lain

1. Cuti haji ikut tarikh flight.

2. Amaran Secara Pentadbiran

Soalan: Adakah Amaran Secara Pentadbiran adalah tindakan Tatatertib?

Amaran secara pentadbiran bukan tindakan tatatertib, namun perlu dimasukkan dalam fail jabatan.

3. Formula kiraan pencen.

1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang diambil kira X Gaji Akhir

Terhad kepada maksimum 3/5 daripada gaji akhir.

4. Pencen bukan pusaka

5. GCR + Ganjaran boleh dipusaka

6. Kiraan pencen berasaskan bahagian.

Contoh, pencen RM 9000, ada seorang isteri dan dua anak. Maka dikira 3 bahagian. Satu bahagian bersamaan RM3000.

Jika salah seorang anak itu telah mencapai usia melebihi 21 tahun, maka bahagian berkurang kepada 2. Satu bahagian bersamaan RM4500.

7. Formula kiraan ganjaran

7.5% X Jumlah Genap Bulan X Gaji Akhir Perkhidmatan

8. Kajian Kes

Surat Pertuduhan (2/1/2016)

Orang Kena Tuduh Terima Surat (4/1/2016)

Surat Pembelaan Diri (15/1/2016)

Lembaga Tatatertib  hukum buang kerja (17/1/2016)

Hukuman buang kerja adalah tidak sah kerana 

a. Tidak cukup 30 hari. OKT boleh menulis surat pembelaan yang lain.

b. Tiada pemakluman keputusan Lembaga Tatatertib kepada OKT.

Soalan:
Bolehkah surat pertuduhan dikeluarkan ketika pegawai sedang menghabiskan cuti sebelum bersara?

Boleh. Surat pencen akan ditahan sehingga jatuh hukum. 

Rabu, 16 Mac 2016

Minda Kelas Pertama I

1. Jenis-jenis Komunikasi
Verbal - 30%
Non Verbal - 70%

Contoh non verbal communication adalah gerak mata, body language

2. Minda kelas pertama tekankan kualiti, manakala minda kelas kedua tekankan kuantiti

3. Apakah jenis-jenis bos anda?

Pasif - pendiam, baca suratkhabar
Anda hendaklah bertegur sapa, bercakap dengannya

Agresif - berdarah panas
Tunjukkan anda mendengar, tuliskan point berkaitan

Pro aktif - educators
Sentiasa mendengar

4. "Butterfly wing can make a tsunami"
Suatu usaha yang kecil mampu memberikan impak yang kuat.

5. Delighting customer. Keperluan SOP -> 30 hari, kehendak bos -> 20 hari

6. You have to start, jika hendak gembira, gembirakan orang lain.

7. Apakah insan cemerlang?

Komitmen -> gaji RM3000 tetapi kerja seperti RM4000.

Kemahiran

Pengetahuan

Ketrampilan

Maruah

8. Who, what, where, when, why + how?
Attack minda negatif dengan pendekatan positif.

9. Transform dari otak kiri ke otak kanan untuk menyelesaikan masalah.

10. Tahap - tahap minda.
Beta - Konsentrasi
Alpha - Istirahat
Theta - Penuh istirahat
Delta - Menunjukkan keadaan tidur

11. Pemikiran kreatif bermaksud menerbitkan idea manakala pemikiran kritis pula membuat penilaian ke atas sesuatu idea.

12. Kreativiti bermaksud mencipta / mewujudkan sesuatu yang baru manakala inovasi mengubah suai dan menambah baik sesuatu ciptaan / konsep.

Pemilihan Cabang Wangsa Maju: Pandangan Dari Jauh

1. Musim pemilihan Parti Keadilan Rakyat tiba lagi. Inilah saatnya para anggota parti mengundi calon pemimpin mereka. 2. Sama ada publisiti ...